sarah`s blog

place to pour your fresh thoughts!

Archive for February 2008

i got butterfly inside my stomach

with 8 comments

lagi beberapa jam dari sekarang aku akan join pertandingan debat di kolej perindu.ini adalah kali pertama aku berdebat di ipt ..setelah lama aku meniggalkan arena perdebatan sekolah menengah.aku masih nerveous

Written by sara_myra

February 25, 2008 at 9:35 am

Posted in personal ya!

Ph.D; penyakit warisan bangsa melayu?

with 5 comments

Terpanggil pula aku untuk menulis tentang tajuk ini. Al kisahnya sebab musabab aku menulis tentang topic yang `lemau` ini kerana aku sendiri pernah menjadi mangsa ph.d orang lain dan juga pak cik aku terpaksa menutup premis perniagaan makanannya kerana sering di ganggu dengan berbagai-bagai cara samada halus mahupun kasar. Sebagai seorang peniaga di negara kapitalisme ini keuntungan adalah tonggak utama dalam sesuatu perniagaan. Lebih-lebih lagi bangsa melayu yang tidak mungkin mahu jadi hero dan berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku kerana tidak tahan di ganggu hingga mendapat kerugian pula! Adat meniaga, ada persaingan, tetapi kebanyakan orang melayu gagal untuk bersaing secara sihat. Mungkin juga telah tertulis di sejarah akan perangai atau virus ph.d ini sememangnya telah di warisi dari zaman ke zaman kerana ia mungkin menjadi `short cut` untuk mencapai matlamat.Fenomena ini juga pernah aku alami ketika menuntut di sekolah hinggalah ke IPT. Bukan mahu mengangkat diri aku sebagai muslimah liberal acuan barat yang kadang kala selesa bercakap di dalam bahasa inggeris, tetapi ini lah yang kerap menimpa diriku. Aku akui, aku dibesarkan di dalam keluarga yang tidak begitu islamik, tetapi pendidikan agama tetap menjadi perkara wajib bagiku. Lantas kebiasaan ku berbicara dalam bahasa inggeris bersama ahli keluarga menyebabkan aku terbawa-bawa ke luar.  Apabila aku masuk ke kelompok yang melabelkan insan yang suka berbicara dalam bahasa inggeris sebagai mat saleh perasan, aku bingung dengan sikap mereka. Aku lebih suka menjauhkan diri daripada cuba mendekati mereka dan membazirkan air liur untuk memberitahu mengapa aku begini.Baru-baru ini juga pensyarah memintaku melakukan solo presentation kerana aku banyak mulut dalam kelas. Hati aku terguris apabila ada segelintir rakan sekelas melabelkan aku `bajet bagus`. Aku dipinta bukan meminta untuk melakukan solo presentation itu. Bagi aku ilmu adalah kurniaan Allah. Justeru aku tidak berhak untuk merasa riak tentang hakikat bahawa aku memang suka membaca dan sedikit berpengetahuan daripada insan-insan yang suka mengutukku. Jika beginilah sikap bangsa melayu, ke manakah kita seterusnya?daripada peringkat yang atas, di kalangan professional, ahli politik, dan golongan-golongan lain lagi, aku yakin ini lah masalahnya- tidak mahu bersyukur di atas kurniaan Allah, sentiasa membandingkan diri dalam skop yang negatif dan tidak mahu bersaing secara sihat. Aku juga punya darah cina keturunan hakka. Jadi aku tahu sedikit sebanyak perihal kaum cina. Bukan mahu melabel mereka ini suci, bersih , seputih sabun Breeze (pinjam ayat uncle Hisham Rais), tetapi mereka punya satu keazaman yang teguh untuk melihat kaum mereka ke hadapan. Oleh yang demikian aku berharap sesiapa yang membaca artikel ni dan juga aku sendiri akan terhindar dari wabak ph.d-bahaya dan tidak mengenal jantina, kedudukan, tahap akademik, tahap ke`alim`an, tahap ketebalan serban atau kopiah di atas kepala dan lain-lain lagi tahap. Wassalam.

Written by sara_myra

February 23, 2008 at 10:49 am

Posted in res ipsa loquitor

election fever?

without comments

salam semua.ni pertama kali aku menulis di blog.maaf walaupun zahirnya kelihatan caca merba tapi aku akan belajar untuk perbaiki kelemahan yang ada.berbaliki pada tajuk post aku ni..pasal pilihanraya..dikala ini la..mat2 pasang bendera,mamat yg dapat kontrak supply kotak undi,mat2 katering,akak2 jual kain batik+pelekat,..dan lain2 lagi barangan yang sinonim dengan pilihanraya akan gembira kerana tiap kali pilihanraya rezeki mereka melimpah ruah.aku turut sama tidak melepas kan peluang untuk jadi manusia yang praktikal(bak kata jeane lai).aku suka jadi pemerhati.best juga ya tengok telatah mat2 yang kempunan nak jadi wakil rakyat kerana mereka menggelarkan diri mereka sbg hamba rakyat atau subject`s servant. aku terharu sambil menguap apabila membaca surat khabar arus perdana tentang manusia seperti ini.aku tidak pasti sampai bila aku harus bermimpi untuk melihat seorang pemimpin berhati waja seperti mahmoud ahmadinejad memimpin malaysia tanah air tercinta ini…aku harus pergi kerana aku pasti kawan aku pasti mengamuk kerana aku lambat untuk janji temu dengannya.wassalam

Written by sara_myra

February 22, 2008 at 10:39 am

Hello world!

with one comment

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Written by sara_myra

February 22, 2008 at 10:05 am

Posted in Uncategorized