Archive for March 2008
detik hitam sufiah yusuf
usia kami adalah sama. ketika dia ke oxford dan di nobatkan genius matematik, aku masih lagi terkial-kial belajar ilmu hisab itu.aku memang lemah dlm ilmu itu. aku kagum dengannya. tak ramai melayu yang cerdik seperti sufiah mampu ke oxford. pada hari ini setelah gagal dlm perkahwinan dia melacur kan diri nya.melalui web ini aku baca tentang kehidupannya kini…sangat memeranjatkan.
sedih kerana negara kita kehilangan seorang cerdik pandai..aku doakan agar Allah menunjukkan jalan yang benar untuknya…
our people and sex stimulant products
kali ini aku tidak dapat menahan kesabaran lagi. kebarangkalian untuk aku berdiam diri tipis. kebelakangan ini semakin banyak iklan-iklan ubat perangsang seks, kopi untuk tenaga batin dan sebagainya di iklankan dengan berleluasa. yang paling memualkan ia nya di dominasi oleh kaum melayu. wahai melayu, adakah hidup dan mati ini hanya untuk 4 huruf ini sahaja? yang paling membencikan apabila testimoni oleh pengguna barang tersebut di paparkan! apakah manfaat nya buat masyarakat secara keseluruhan?apakah manfaat nya buat aku yang belum bernikah?
pernah aku terbaca tentang isu ini.. mungkin sudah lama. melayu sering saja di kaitkan dengan seks. mangsa penipuan ubat perangsang seks pun orang melayu juga yang selalu masuk surat khabar. baru-baru ini seorang lelai terpaksa masuk wad gara-gara mahu mencuba `barang` baru. ceh…nafsu saja yang di daulatkan, memang itu lah balasannya.
ketika aku bersekolah seorang kawanku bercerita tentang iklan kopi yang Umphhh…siap dengan gambar katil sepasang suami isteri roboh selepas minum kopi tersebut.gambar iklan itu adalah gambar melayu…ini apa?
ini menunjukkan melayu amat sinonim dengan 4 huruf ini. islam sendiri mengajar kita untuk belajar bersopan dan hal-hal di dalam kamar tidur adalah rahsia. tetapi orang kita mempunyai perasaaan bangga pula apabila bercerita tentang hal itu. mana rasional nya?
pengusaha barangan ini pula amat ghairah mengejar keuntungan, sanggup buat macam-macam perkara yang tak masuk akal untuk kaut untung daripada insan yang tidak berakal waras ini, yang menjulang nafsu semata-mata. apabila tertipu dan masuk wad baru lah nak insaf…aku harapkan agar pengiklanan produk seperti ini di kawal dan dapat menjaga maruah serta martabat bangsa kita ini.
Against animal cruelty
Today kak sal came to my room. We had a lengthy a discussion over this matter after we did our mandarin tasks.
Yes, both of us love animals. Dear readers, from my point of view, animals also have feelings of needs to be loved and love, it knows the feelings of anger and sad. However, the feeling that I would like to emphasize is the feeling of fear. Have you ever wonder, at the moment human point a gun to a group of elephant, what does it feel? Have we ever put ourselves at their place? What does a monkey feel when human beat it and struck its backside with a steel stick?
In certain countries like China, people kill animals that we perceived as pets like dogs and cats. Kak Sal and I have a feline and we love it so much. We are totally against the norm of eating these lovely animals. God had created many types of food and why they need to kill these lovely animals? The answer is customs and belief.Some of them belief that tiger meat can boost their manly energy levels which is good for sex I guess. Cats and dogs fleshes are delicious and can warm themselves. This is what they believed.As human being, we are blessed with the ability to think and justify our acts, either good or bad. Thus we are also entrusted with responsibility to take care of the nature and other livings as well. Yeap, we are bloody greedy as we kill animals, we took away their home and when it tried to defend its’ home, we just need to take a gun and shoot it.Not only that, we also kill them just to take its’ furs. We DO NOT need furs. God had created human perfectly. Furs are meant for animals because animals DO NOT wear clothes like we do. Furs can shield animals from cold. Wool can shield humans from cold. The analogy is simple, if u need furs, then you are also animals.The MAIN problem is that human never considers about animals nor tried to put self into the conditions of the animals. If you do not like animals, fine, I don’t mind. But please do not act cruelly against animals and I hope from now onwards, please change our attitude towards animals, at least learn to understand how does it behaves.
Datuk zaid ibrahim: kerajaan wajar minta maaf pada tun salleh abas
Katanya institusi kehakiman terpalit dengan korupsi pada zaman Dr. M memerintah. Punca institusi kehakiman kita di pandang rendah oleh dunia kerana pemecatan Tun Salleh tidak sah. Ini antara alasan yang di kemukakan oleh datuk zaid untuk memulihkan institusi kehakiman kita. 2 pandangan berbeza yang setakat ini aku dengar dari beberapa kenalan ku. Pertama, ia adalah cara halus untuk mengheret Dr. M ke kancah politik bagi memalukan beliau. Keduanya, sebagai seorang peguam datuk zaid berniat murni untuk mengembalikan kredibiliti sistem kehakiman Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca, sistem kehakiman Negara kita memang telah terkenal dengan korupsi dan tirani terhadap peguam dan rakyat. Ia bersifat sebagai badan yang akan menolong kerajaan kerana asasnya, hakim itu sendiri di pilih oleh perdana menteri. Kalau anda semua mahu melihat sistem kehakiman kita daripada kaca mata dunia, baca report Justice in Jeopardy: Malaysia 2000.Aku sendiri sangat terkejut kerana sebelum ini aku hanya tahu beberapa kes sahaja tentang salah laku sistem kehakiman, tetapi report ini menerangkan secara detail tentang kepincangan sistem kehakiman kita. Sebagai rakyat Malaysia, aku juga menuntut supaya sistem kehakiman kita ‘di bersihkan’ semula. Adalah penting untuk memulihkan integriti sistem kehakiman kerana apabila kedaulatan undang-undang hilang, kezaliman dan salah guna kuasa akan terus mencengkam negara kita.
Why I adore Dr.Mahmoud Ahmadi Nejad?
First of all let me inform dear readers, that Dr. Mahmoud Ahmadi Nejad is the president of Islamic State of Iran. He is just a small man, I bet he is shorter than Bush. I do not care about his looks or whether he got six packs. My concerns are his ability to shatter the world’s political climate and most importantly he stood up for his principle, which is in my opinion something that the Islamic leaders rarely had. As far as I am concern, the present Islamic leaders are busy calculating their money, how much oil reserves exist in their state and being a best buddy to Uncle Sam – America, despite what America did to Muslims in Palestine, Iraq and others. Not only that even America had repeatedly uttered wicked mantra that Islam is harm and dangerous and uncivilized, therefore the world shall avoid anyone who has to do with Islam, but hey, once again take a look at the Arab tycoons who invest trillions in US. Are they categorized as harm too?Yeah, lets follow what America said, eat McDonalds, drink Starbucks, sell your oil to me, let me come to your state and build military camp, let me capture your citizens with long beard and big turban on his head because he is terrorist. Roughly that is what I think about the stupid Arabs who under the evil influence of America. Somehow I feel sympathy towards them coz some of them are educated, blessed with money they can go to top universities, yet, they are still blind!Okay enough with the irritating part of the yucky-type leaders. Dr. Mahmoud Ahmadinejad (MA) came from engineering background and manages to adapt with political stream. There are many tales about this great man. Low profile and clean. He don’t need concubines or money to be popular, but his talks and thoughts make me impressed. ‘If you (US) could have nuclear and it is not harm and use it as energy for the people, why can’t I have it too for the benefit of my people `…These are among the words that I remembered a bit of his statement when America strongly opposed to his plan to build nuclear reactor. A leader is meant to serve his people with all his might. That is what I believe in a man who called himself as a leader. However, in the present days, it happens the other way around. Being a leader means you will have huge opportunity to be rich and famous. Name it and you will get it. MA`s house situated in suburb of Tehran, small house without couches nor red carpets to welcome visitors. In short he is simple man with great challenges. Even America and United Nations had managed to bar Iran’s economy; this man never shows that he will lose easily to such restriction imposed on Iran.What I’ve been thinking was why can’t we as Muslims to unite and help Iran and other states which suffer from America’s dictatorship, by way of creating a strong economic chain through bilateral trade agreements. We import goods from Iran; indirectly we are creating job opportunity for them. Thus Iranian won’t be suffered without job and money.Fine, if other stupid Arabs` leaders do not care about this man nor his people, but we as Muslims should have the heart to help him and his people too, on the ground that he is a RARE type of leader on the world and I pray Allah will gives him strength to show that Muslims are not weak. I would be happy and proud if he were the premier of MalaysiaJ
threats?does anyone care?
aku dapat gambar ni dari malaysia today.ia jelas mengandungi ancaman jika orang india undi PAS dan pembangkang.perlu di ingatkan hak setiap orang untuk menzahirkan upacara keagamaan masing2 adalah terjamin dalam perlembagaan malaysia.kaum india di bawah pemerintahan PAS kelantan tidak pernah pula menimbulkan isu kuil mereka dirobohkan dan kegiatan agama mereka disekat.walaupun pilihanraya sudah berakhir,tetapi aku tidak hairan mengapa BN kehilangan kepercayaan rakyat,kerana BN tidak pernah puas menyebarkan mentaliti kebergantungan kaum india terhadap MIC.perkara yg sama berlaku pada UMNO.apakah bila mana UMNO dan MIC tiada melayu dan india tidak mampu berjaya?tidak mampu ke hadapan?apakah ini agenda tersembunyi supaya rakyat takut dan mereka akan terus dapat hidup senang lenang dengan merampok duit rakyat(kes anuar musa songlap duit tabung rakyat miskin pun senyap?).
the aftermath of 12th general election

sesetengah orang akan gembira (termasuk aku), sesetangah akan sedih kerana kempunan mahu jadi YB.sesetangah tak berminat..secara jujur aku katakan kemenangan BA di 5 negeri amat mengejutkan dan di luar jangkaan ku. namun begitu apa yg aku harapkan ialah suatu perubahan positif yang bakal datang dan mampu merubah arah tuju negara ini ke arah yg lebih baik.
kepada yg telah di beri mandat, ingatlah apa yg kalian miliki adalah suatu amanah. tak selamanya berada di atas. menurut hukum fizik newton, setiap yang berada di atas pasti kebawah jua.
begitu juga dgn Datuk samy…aku tertarik dgn komen salah seorang jemputan di tv1 ketika malam 8mac..walaupun tidak menyatakan nama tapi aku faham beliau merujuk pada samy vellu. tak perlu nak tunggu anda di turunkan, jika rakyat dah tak nak anda turun lah dengan cara yg terhormat.tetapi aku baca d utusan online..30 NGO India mahu Samy dilantik Senator.aku tidak pasti samada ini suatu retorik politik semata2 ataupun simbiol keinginan samy mahu berkuasa hingga ke akhir hayatnya (such a dedicated power-addicted leader)
hakikatnya BA telah menguasai 5 negeri dan hakikat ini akan di kenang2 sampai bila2 kerana ini adalah outstanding performance.namun aku juga terdengar dan terbaca beberapa komen yg berbentuk racist.kononnya melayu hilang hak jika BA memerintah, UiTm akan dibuka kpd bangsa lain, penang akan jadi seperti singapura,etc.ini semua komen haprak dan lapuk dan komen insan yg kempunan jadi YB! apakah yg BN lakukan semasa memerintah di penang?aku tgk org melayu mcm tu jugak..komen itu mencerminkan metaliti kebergantungan bangsa melayu terhadap UMNO yang berkiblatkan matlamat menolong bangsa melayu. tetapi setelah 50thn merdeka bangsa melayu masih gagal untuk maju seperti bangsa lain.di mana silapnya?justeru aku berharap pihak seperti ini berfikir sejenak tentang perubahan,beri peluang kepada pemimpin baru untuk memerintah.kerana terlalu awal untuk judge dan kritik muka muka baru ini.
Kisah gerai nasi lemak…
Bagi sesiapa yang pernah beli nasi lemak yang terkenal di hadapan kolej jati anda semua tentu tahu tentang kewujudan van nasi lemak ataupun di kenali sebagai nasi lemak pak cik. Apa yang mahu aku kongsi ialah cerita gerai nasi lemak di sebelah van pak cik nasi lemak tersebut. Gerai itu aku gelar gerai akak kerana taukeh nya kakak. Al kisahnya kawan aku beli sebungkus nasi lemak di gerai akak. Kemudian aku beritahu kawanku yang aku mahu ke gerai pak cik. Kemudian akak itu terus mencelah dan kemudian bercerita tentang beberapa perkara aneh yang berkisar ilmu hitam untuk menjatuhkan perniagaannya. Mungkin anda semua berasa perkara ini perkara remeh di kalangan bangsa melayu tetapi bagi aku ini bukan remeh malah petanda kejatuhan bangsa ku! Akak itu juga bercerita tentang gerainya seolah-olah tiada pengunjung dan beberapa pembeli mengadu bahawa mereka telah lama tidak nampak akak berniaga sedangkan akak hari-hari buka gerai.Baiklah ingin aku bandingkan pakcik dan akak nasi lemak. Pakcik nasi lemak punya banyak pilihan seperti filet ikan, telur rebus, paru dan sebagainya. Pokoknya lebih banyak pilihan daripada gerai akak. Malah menjual air laici dan cendol. Bagi pembeli pula ini satu kesenangan kerana ia merupakan one stop- beli air dan makanan di satu tempat yang sama. Gerai akak tidak banyak pilihan dan tidak menjual air. Malah harga nasi lemak pakcik lebih murah daripada gerai akak. Lantas setelah selesai urusan aku `tapau` nasi lemak pak cik, aku pergi ke gerai akak itu untuk memberitahu telahannya bahawa penolong pakcik itu sentiasa berbaju hitam adalah benar. Akak itu mengangguk dengan yakin.Aku tidak begitu setuju dengan pemikiran yang ada pada akak itu. Aku memberi nasihat supaya pilihan lauk di perbanyakkan, supaya pelanggan boleh memilih lauk yang pelbagai.Aku tidak mungkin memberi no telefon pawang, tok dukun, bomoh siam, bomoh sakai dan sebagainya. Aku mahu akak itu berfikir dan bersaing secara sihat. Apabila kita ada pesaing kita perlu meletakkan diri kita lebih maju daripada pesaing. Ini hukum alam yang biasa. Jika mahu berjaya dalam persaingan kita perlu lebih maju.
Namun sebagai umat Islam aku wajib percaya pada perkara ghaib. Ini bukan bermakna aku percaya kuasa lain selain Allah ta`ala tetapi wujud segelintir manusia yang sanggup meminta tolong dari iblis dan jin bagi melaksanakan sesuatu niat dan kehendak mereka. Inilah golongan yang Allah confirm dosanya tidak akan di ampunkan..aku berasa kelakar apabila berhadapan dengan insan sebegini..kamu mengaku diri kamu islam tetapi ia sekadar di mulut tidak di hati dan tiada penghayatan tentang islam. Jika benar akak itu di ganggu secara halus maka carilah penawar nya dan jangan main serkap jarang tentang punca kejatuhan perniagaan akak.
suasana sibuk
suasana sibuk kerana bulan depan sudah final exam.ini membuatkan aku agak stress dan perlukan suasana yang tenang…aku sukakan alam semulajadi..contohnya di pulau langkawi..fabulous..beautiful…kagum dengan ciptaanNya…alangkah baiknya hujung minggu ini jika aku dapat melancong ke sana.tapi apa kan daya kekurangan wang dan tidak punya waktu pada ketika ini.namun aku harus tabah seperti penuntut lain untuk mempersiap diri untuk final exam
Pilihanraya: eksploitasi artis dan media dan `blue wave`
Sejak demam pilihanraya bermula maka berlambak-lambak lah iklan `blue wave` yang menggunakan cogan kata selamat, aman , bersih…Datuk siti nurhaliza, camelia antara selebriti yang aku baca kisah usaha mereka dalam berkempen untuk `blue wave` itu. Usaha untuk mempergunakan artis adalah langkah klasik yang telah di gunakan oleh calon parti republican di amerika syarikat. Persoalannya sekarang adakah selebriti ini mempunyai kesedaran politik dan mengikuti arus politik semasa ataupun dipergunakan untuk tempoh berkempen sahaja? Jika telahan kedua aku tepat, pada pendapat aku artis seperti ini tidak ada otak dan prinsip kerana sanggup dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu. Siapakah mereka untuk mengatakan pada rakyat untuk memilih parti mana yang baik dan menjamin masa depan yang cerah? Adakah mereka datang dari golongan yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang hala tuju Negara atau mereka mempunyai kesedaran ini setiap 5 tahun sekali itu pun datang di atas jemputan calon yang memang tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk bertemu dengan rakyat, hingga terpaksa guna selebriti. Apa yang dilontarkan dari mulut tukang kempen seharusnya fakta yang kukuh. kalau bercakap tanpa asas, suruh budak sekolah rendah pun boleh. Pilihanraya umum ke 12 kali ini juga menyaksikan iklan gelombang biru atau `blue wave` menguasai kaca TV dan corong radio. Secara peribadi aku meletakkan diri aku di tempat rakyat jelata yang biasa, yang mahu mencari al ghazali dan tidak kepada kekayaan, harta bertimbun-timbun. Otak aku ligat mencari dan membina alasan…mengapa hingga begini teruk `blue wave` menggunakan media..Apakah `blue wave` sememangnya mempunyai kepentingan di Media Prima yang menguasai tv3,ntv7,tv8,tv9? Kalau di tv1 aku tidak hairan kerana aku yakin di bawah kepimpinan teraju utama mereka, Datuk zainuddin maidin yang mahir berkomunikasi dengan wartawan al jazeera, sudah tentu RTM di eksploitasi 100% untuk mempromosi `blue wave`. Mengikut ilmu perlembagaan yang aku pelajari, apabila parlimen dibubarkan, maka kerajaan sudah tidak ada. Mereka hanya wujud sebagai `penjaga ` sementara eksekutif. Tetapi si pemegang amanah sementara ini nampaknya masih ingin mengekalkan jawatan masing-masing demi berkhidmat bagi bangsa, Negara yang tercinta. Aku cukup bangga punya tokoh politk yang berhati waja dan benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat. Terharu… ( I don`t need tissue ok? )Aku perlu minta maaf jika anda berpendapat kenyataan aku bahawasanya idea pembangunan koridor di Malaysia suatu idea yang kurang realistic. Idea ini sering sahaja di canangkan di dalam kaca tv. Meloyakan ..sungguh mual seperti baru lepas turun dari roller coaster. Betulkan aku jika aku silap…kira-kira RM 1.1 trillion diperuntukkan bagi pembangunan koridor. Mana datangnya wang ini? Dari pelabur asing yang bakal menguasai tanah bangsa kita kah? Ataupun datang dari pinjaman kah? Atau pun sekadar projek kah kah kah…apakah manfaat projek ini buat bangsa melayu? kerana setahu aku kerajaan setuju untuk melupuskan 30% ekuiti bumiputera di wilayah pembangunan iskandar? Apakah projek ini bakal menguntungkan pemegang kad keahlian parti keris bersilang? Ataupun insan yang bermata sepet? ( sepet? Aku juga sepet heheheheh) Aku juga perlu mengingatkan calon pembangkang, kurangkan serangan peribadi seperti melabel azalina sebagai lesbian kerana aku kira tuduhan ini amat berat.. lain lah jika dia sememangnya pernah di tangkap oleh jabatan agama di hotel mewah. Jika terus menyerang peribadi seseorang lambat laun rakyat juga muak punyai pemimpin yang bercakap seperti makcik-makcik yang sedang mengumpat secara berjemaah. Sebaliknya pertingkatkan kesedaran dikalangan rakyat tentang kepentingan mempunyai kerajaan yang telus dan bersih. Aku juga agak kabur tentang duit petronas dan kemampuan PKR menjanjikan harga minyak akan turun. Sedangkan harga minyak sedunia memang sedang melonjak jadi kerajaan memang terpaksa menggalas beban subsidi. Yang menjadi tanda tanya adakah wang daripada penghapusan subsidi ini di urus dengan baik. Jangan bersorak di kampung sendiri. Yang penting penjelasan yang lengkap dan berkesan kepada rakyat.
Sedikit sajak …Arahan:baca dengan perlahan-lahan dan mengikut arahan ekspresi muka…
Ku mahu, kamu tidak mahu kah?
Aku sekadar rakyat kecil
Miskin…hodoh….bodoh…(ekspresi muka seposen)
Aku sekadar rakyat biasa…
Tangan ku di ikat….
Aku mahu berkata-kata…
Mulutku di selotape…
Aku mahu bangkit…
Bahu ku di tolak…
Aku mahu tahu…
Hanya majalah picisan gambar artis setengah bogel yang banyak di jual…
Aku mahu membaca….
kaca mataku di rampas…
Aku mahu menjerit….
Nanti terpaksa makan nasi kamunting….(ekspresi muka takut)
Aku mahu apa??Aku mahu perubahan …
Aku mahu melihat bangsaku berjaya…
Aku mahu melihat pemimpin ku yang bersih…
Aku mahu melihat pemimpin ku tidak menindas rakyat…
Aku mahu melihat pemimpin ku tidak merompak wang rakyat….
Aku mahu melihat pemimpin ku gah bersuara di pentas dunia…
.Aku mahu melihat pemimpin ku mempertahankan al quran dan sunnah…
P/s: sajak ini di tulis kerana aku mahu sesuatu yang lain bakal lahir dari pilihanraya umum ke 12 kali ini. Tidak sabar mahu mengetahui pemenang kerusi lembah pantai J hehehehe…
