sarah`s blog

place to pour your fresh thoughts!

Archive for March 5th, 2008

suasana sibuk

with 2 comments

suasana sibuk kerana bulan depan sudah final exam.ini membuatkan aku agak stress dan perlukan suasana yang tenang…aku sukakan alam semulajadi..contohnya di pulau langkawi..fabulous..beautiful…kagum dengan ciptaanNya…alangkah baiknya hujung minggu ini jika aku dapat melancong ke sana.tapi apa kan daya kekurangan wang dan tidak punya waktu pada ketika ini.namun aku harus tabah seperti penuntut lain untuk mempersiap diri untuk final exam

Written by sara_myra

March 5, 2008 at 8:52 am

Posted in personal ya!

Pilihanraya: eksploitasi artis dan media dan `blue wave`

with 2 comments

Sejak demam pilihanraya bermula maka berlambak-lambak lah iklan `blue wave` yang menggunakan cogan kata selamat, aman , bersih…Datuk siti nurhaliza, camelia antara selebriti yang aku baca kisah usaha mereka dalam berkempen untuk `blue wave` itu. Usaha untuk mempergunakan artis adalah langkah klasik yang telah di gunakan oleh calon parti republican di amerika syarikat. Persoalannya sekarang adakah selebriti ini mempunyai kesedaran politik dan mengikuti arus politik semasa ataupun dipergunakan untuk tempoh berkempen sahaja? Jika telahan kedua aku tepat, pada pendapat aku artis seperti ini tidak ada otak dan prinsip kerana sanggup dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu. Siapakah mereka untuk mengatakan pada rakyat untuk memilih parti mana yang baik dan menjamin masa depan yang cerah? Adakah mereka datang dari golongan yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang hala tuju Negara atau mereka mempunyai kesedaran ini setiap 5 tahun sekali itu pun datang di atas jemputan calon yang memang tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk bertemu dengan rakyat, hingga terpaksa guna selebriti. Apa yang dilontarkan dari mulut tukang kempen seharusnya fakta yang kukuh. kalau bercakap tanpa asas, suruh budak sekolah rendah pun boleh.  Pilihanraya umum ke 12 kali ini juga menyaksikan iklan gelombang biru atau `blue wave` menguasai kaca TV dan corong radio. Secara peribadi aku meletakkan diri aku di tempat rakyat jelata yang biasa, yang mahu mencari al ghazali dan tidak kepada kekayaan, harta bertimbun-timbun. Otak aku ligat mencari dan membina alasan…mengapa hingga begini teruk `blue wave` menggunakan media..Apakah `blue wave` sememangnya mempunyai kepentingan di Media Prima yang menguasai tv3,ntv7,tv8,tv9? Kalau di tv1 aku tidak hairan kerana aku yakin di bawah kepimpinan teraju utama mereka, Datuk zainuddin maidin yang mahir berkomunikasi dengan wartawan al jazeera, sudah tentu RTM di eksploitasi 100% untuk mempromosi `blue wave`. Mengikut ilmu perlembagaan yang aku pelajari, apabila parlimen dibubarkan, maka kerajaan sudah tidak ada. Mereka hanya wujud sebagai  `penjaga ` sementara eksekutif. Tetapi si pemegang amanah sementara ini nampaknya masih ingin mengekalkan jawatan masing-masing demi berkhidmat bagi bangsa, Negara yang tercinta. Aku cukup bangga punya tokoh politk yang berhati waja dan benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat. Terharu… ( I don`t need tissue ok? )Aku perlu minta maaf jika anda berpendapat kenyataan aku bahawasanya idea pembangunan koridor di Malaysia suatu idea yang kurang realistic. Idea ini sering sahaja di canangkan di dalam kaca tv. Meloyakan ..sungguh mual seperti baru lepas turun dari roller coaster. Betulkan aku jika aku silap…kira-kira RM 1.1 trillion diperuntukkan bagi pembangunan koridor. Mana datangnya wang ini? Dari pelabur asing yang bakal menguasai tanah bangsa kita kah? Ataupun datang dari pinjaman kah? Atau pun sekadar projek kah kah kah…apakah manfaat projek ini buat bangsa melayu? kerana setahu aku kerajaan setuju untuk melupuskan 30% ekuiti bumiputera di wilayah pembangunan iskandar? Apakah projek ini bakal menguntungkan pemegang kad keahlian parti keris bersilang? Ataupun insan yang bermata sepet? ( sepet? Aku juga sepet heheheheh) Aku juga perlu mengingatkan calon pembangkang, kurangkan serangan peribadi seperti melabel azalina sebagai lesbian kerana aku kira tuduhan ini amat berat.. lain lah jika dia sememangnya pernah di tangkap oleh jabatan agama di hotel mewah. Jika terus menyerang peribadi seseorang lambat laun rakyat juga muak punyai pemimpin yang bercakap seperti makcik-makcik yang sedang mengumpat secara berjemaah. Sebaliknya pertingkatkan kesedaran dikalangan rakyat tentang kepentingan mempunyai kerajaan yang telus dan bersih. Aku juga agak kabur tentang duit petronas dan kemampuan PKR menjanjikan harga minyak akan turun. Sedangkan harga minyak sedunia memang sedang melonjak jadi kerajaan memang terpaksa menggalas beban subsidi. Yang menjadi tanda tanya adakah wang daripada penghapusan subsidi ini di urus dengan baik. Jangan bersorak di kampung sendiri. Yang penting penjelasan yang lengkap dan berkesan kepada rakyat.  

Sedikit sajak …Arahan:baca dengan perlahan-lahan dan mengikut arahan ekspresi muka… 

Ku mahu, kamu tidak mahu kah? 

Aku sekadar rakyat kecil

Miskin…hodoh….bodoh…(ekspresi muka seposen)

Aku sekadar rakyat biasa…

Tangan ku di ikat….

Aku mahu berkata-kata…

Mulutku di selotape…

Aku mahu bangkit…

Bahu ku di tolak…

Aku mahu tahu…

Hanya majalah picisan gambar artis setengah bogel yang banyak di jual…

Aku mahu membaca….

kaca mataku di rampas…

Aku mahu menjerit….

Nanti terpaksa makan nasi kamunting….(ekspresi muka takut)

Aku mahu apa??Aku mahu perubahan …

Aku mahu melihat bangsaku berjaya…

Aku mahu melihat pemimpin ku yang bersih…

Aku mahu melihat pemimpin ku tidak menindas rakyat…

Aku mahu melihat pemimpin ku tidak merompak wang rakyat….

Aku mahu melihat pemimpin ku gah bersuara di pentas dunia…

.Aku mahu melihat pemimpin ku mempertahankan al quran dan sunnah… 

P/s: sajak ini di tulis kerana aku mahu sesuatu yang lain bakal lahir dari pilihanraya umum ke 12 kali ini. Tidak sabar mahu mengetahui pemenang kerusi lembah pantai J hehehehe…

Written by sara_myra

March 5, 2008 at 2:09 am