sarah`s blog

place to pour your fresh thoughts!

Archive for April 2008

babi yang glamer

with 3 comments

al kisahnyer..(baca dgn nada dondang sayang melaka)..

hai ceritera si babi tetiba mahsyur di malaysia…

(sila tamatkan nada bacaan di sini)..

seperti biasa akhbar arus perdana putar belit fakta tentang niat tan sri khalid mahu bina ladang babi moden.mahu centralized semua kandang babi di negeri selangor.berkokoklah the botoxed khir toyo yang mendakwa tan sri khalid mahu guna seratus juta RM untuk bina kandang babi..katanya pembaziran dan pencemaran..berkokoklah jua insan2 yang tidak mahu membuka minda seperti ali rustam..lebih malang lagi setelah aku membaca sesetengah bloh,timbulkan elemen perkauman.kata mereka ini tanda cina sudah mahu kuasai selangor..aduhai…niat bina kandang ini untuk wujud persekitaran yang bersih.tiada kena mengena dengan babi made in selangor.kenapa la politikus BN gagal melihat perkara yang baik untuk rakyat?tak boleh ke ketepikan sentimen politik mereka sebentar untuk kebaikan rakyat?

 

 

Written by sara_myra

April 17, 2008 at 5:46 am

Oh Dr. M…

with one comment

Pertamanya aku bukan penyokong mana-mana pihak dalam cerita ini. Apa yang ingin aku sampaikan adalah tentang Dr. M..

 

Aku akui dia insan yang berintelek tinggi. Dia seorang ahli politik yang hebat. Setelah dia bersara masih lagi di panggil untuk berceramah. Bererti, orang masih mahu mendengar pemikirannya pada usia senja.

 

Kebelakangan ini dia amat lantang mengkritik kepimpinan Pak Lah. Semua tahu Pak Lah agak lenient dan agak slow. Tetapi anda semua mesti tahu bahwasanya Pak Lah mahu amalkan demokrasi yang telus. Malangnya kelembutan nya di salah gunakan. Pak Lah mahu mewujudkan Negara demokrasi yang benar2 telus dan tidak sekejam sewaktu Dr.M memerintah. Aku sokong. Sudah sampai masanya Malaysia melakukan reformasi kepimpinan berteraskan demokrasi yang sebenar2nya.

 

Pak Lah juga manusia biasa, punya kelemahan. Tapi dia gagal mengawal kelemahan diri dan masih seperti itu juga. Tiada perubahan. Rakyat melihat criteria yang perlu ada pada seorang pemimpin iaitu dari segi kebolehan bercakap dengan baik dan lantang. Pak Lah gagal untuk berucap dengan lantang , tak seperti Dr. M yang aku kira merupakan baik dari segi gaya pidatonya. Bila tengok Pak Lah berucap rasanya anda pun alami perasaan bosan yang melampau.

 

Di kesempatan ini lah Dr. M banyak mengkritik Pak Lah. Salah siapa jadi begini?seharusnya kamu, wahai Mahathir bin Mohamad yang bertanggungjawab. Kamu yang memilih Pak Lah untuk mewarisi kepimpinan Negara. Oleh itu kamu juga bertanggungjawab di atas kritikan yang kamu lemparkan pada Pak Lah.

 

Kamu sudah bersara. Perlu bersifat impartial dan kalau kamu sayangkan UMNO dan Malaysia seharusnya kamu membantu , bukan menjahanamkan kedua-dua perkara ini. Sudah2 lah dengan dictatorship kamu. Kamu bukan lagi orang nombor satu Negara yang kerap di ampu2 untuk mendapat sesuatu dari kamu. Pandanglah ke hadapan. Buat sesuatu yang berfaedah untuk masa depan Negara. Pak Lah betul tentang kecelaruan hari ini berpunca daripada air tangan kamu juga. Beri peluang pada orang lain untuk mentadbir Negara dengan aman.

Written by sara_myra

April 10, 2008 at 12:26 pm