Archive for March 20th, 2009
hikmah solat dari perspektif saintifik
Terapi solat
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
![]() |
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. (dari berita harian online)
untuk artikel penuh sila klik di sini
the myth of tongkat ali
Tiada kajian saintifik kandungan herba kuat
SEJAUH manakah produk ubat kuat ini benar-benar mengandungi bahan perangsang seks seperti herba popular Tongkat Ali? Hakikat ini sukar dibuktikan berikutan tiada satu kajian saintifik yang benar-benar menyeluruh mengenai kebenaran dakwaan itu atau pun kaedah penyediaan serta cara ekstrak bahan itu diperoleh. Mengikut kajian saintifik, setiap pengambilan kopi didakwa mengandungi Tongkat Ali perlu mengandungi sekurang-kurangnya 1 mg ekstrak herba itu dan daripada kandungan itu, hanya lima peratus ekstrak dapat diserap oleh badan. Namun, kenyataan dua institusi penyelidikan tempatan sebelum ini sedikit sebanyak boleh memberi gambaran persoalan ini. Kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) membabitkan 10 jenama kopi Tongkat Ali popular di pasaran pada 2007, mendapati tujuh daripadanya mengandungi hanya 0.25 peratus hingga 1.6 peratus ekstrak herba itu yang didakwa tidak cukup untuk memberi manfaat kesihatan atau faedah seperti digembar gemburkan. Penyelidikan itu mendapati kandungan bahan aktif herba itu di dalam minuman berkenaan pula hanya antara 0.0039 peratus hingga 0.0246 peratus atau 7.8 nanogram (ng) hingga 49.3ng, jauh daripada paras yang dapat memberi manfaat kesihatan. Manusia normal yang berhasrat memperoleh khasiat herba itu perlu mengambil sekurang-kurangnya satu miligram (mg) bahan aktif Tongkat Ali bagi setiap kilogram (kg) berat badannya atau tidak lebih 3 mg bagi setiap kg berat badan, sehari. Atau lebih tepat lagi, individu yang mempunyai berat badan 80kg memerlukan minimum 80 mg ekstrak herba itu sehari jika mahu memperoleh faedah herba itu. Satu lagi kenyataan memetik institusi penyelidikan, Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia yang mendakwa pengambilan kopi kuat yang mengandungi kurang 0.05 mg bahan aktif Tongkat Ali atau Kacip Fatimah, tidak mendatangkan kesan dari sudut kesihatan. Malah jika benar mengandungi ekstrak Tongkat Ali, kopi yang diminum berasa pahit. Ada yang meminumnya mengakui lebih bertenaga tanpa menyedari ia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam paket dan boleh mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan lain seperti kencing manis jika diambil berterusan dalam tempoh beberapa tahun.(berita harian online)
untuk artikel penuh,sila tekan disini
p/s terkejut jugak..jadi, perlu di sebarkan. ramai orang tertipu dan akhirnya menderita akibat kurang pengetahuan dan berkiblatkan nafsu semata-mata.wallahu`alam
