Archive for August 2009
Kartika Sari Dewi dan Islam di Malaysia
Kebelakangan ini ramai yang berkata tentang justifikasi hukuman 6 kali sebatan yang di jatuhkan terhadap Kartika kerana kesalahan meminum arak. Isu ini turut di kupas sempena tazkirah selepas solat tarawih.
Jujur saya katakan, saya bukanlah cerdik pandai agama mahupun pelajar undang-undang syariah, tetapi atas dasar seorang muslim yang Allah wajibkan ke atas semua umatNya menuntut ilmu, saya mencari beberapa sumber untuk mengetahui isu dan justifikasi hukuman terhadap Kartika. Namun dengan sedikit ilmu, yang Allah berikan pada saya ini, saya cuba untuk memperjelas sesuatu.
Golongan yang menentang hukuman ini.
Pada mulanya, saya membaca tulisan tokoh-tokoh yang menetang perlaksanaan hukuman ini. Kebanyakkan mereka memperkatakan hukuman ini tidak wajar kerana tidak terdapat sepatah ayat di dalam Quran yang menyatakan hukuman sebat harus di lakukan terhadap peminum arak. Yang ada cuma larangan meminum arak, antaranya ayat 219 surah al baqarah dan di nyatakan meminum arak itu salah satu dosa besar. Allah mahu kita semua memelihara aqal sihat dengan menjauhi arak.
Ada juga yang memperkatakan, hukuman ini zalim kerana Kartika meminum arak di atas kapasiti peribadinya semata-mata dan tidak melibatkan masyarakat. Hujah ini saya baca ketika berdiskusi di internet. Duhai insan yang telah di berikan aqal, sedarkah impak arak bukan sahaja terhadap diri sendiri (malah terdapat hadith yang mengatakan arak sebagai ibu kepada segala kejahatan ) dan masyarakat? Bagaimana arak mengawal diri ketika mabuk? Memandu kereta ketika mabuk? Berkata-kata ketika mabuk? Bergaduh ketika mabuk? Dan banyak lagi contoh-contoh yang terbentang luas di hadapan mata.
Lagi satu hal, nabi dah cakap dalam diri manusia ada seketul daging, rosak daging itu, rosaklah manusia itu. Apakah daging itu? Itulah hati. Arak merosakkan kesihatan dan juga hati-suatu perkara yang sangat fundamental pada manusia.
Cara hukuman sebat syariah
Saya kira golongan yang menentang hukuman ini terdiri daripada mereka yang tidak jelas tentang hukuman sebat syariah. Ia tidak sama dengan sebat untuk penjenayah. Hukuman sebat ini mesti di lakukan terhadap lelaki mahupun perempuan. Manakala, hukuman sebat penjenayah pula di lakukan terhadap lelaki sahaja. Si penyebat, tidak boleh menaikkan lengan dan mesti menyebat dalam keadaan ketiak rapat ke sisi badan. Hukuman bukan bertujuan untuk mencederakan, tetapi untuk memberi pengajaran terhadap masyarakat supaya menjauhi arak. Hukuman sebat di lakukan ke atas wanita dalam keadaan pesalah itu sedang duduk. Manakala ke atas lelaki pula, dalam keadaan pesalah sedang berdiri.
Berdasarkan hadith, nabi dan sahabat pernah memukul peminum arak dengan pelepah tamar yang di buang daun serta kasut.
Hukuman di tangguh?
Saya juga sangat tidak bersetuju dengan sikap Jabatan Agama Islam Pahang yang acuh tak acuh dalam melaksanakan hukuman ini. Saya tabik pada Kartika kerana beliau mahu di hukum kerana sedar akan kesalahannya itu. Malangnya hukuman di tangguh kerana ianya bulan ramadhan. Persoalannya, adakah hukuman itu tidak boleh di lakukan pada bulan ramadhan? Atas sumber mana yang menjustifikasi tindakan itu?
Dalam kehangatan isu ini saya cukup kesal dengan sikap tokoh politik yang beragama Islam, tetapi menentang hukuman ini dan melabel ia sebagai zalim. Saya mencadangkan tokoh tersebut belajar agama dulu termasuk basic aqidah kerana mereka mempersendakam hukuman ini kerana buta agama! Tidakkah mereka sedar mereka akan send the wrong concept of Islam kepada non muslim? Saya sarankan lebih baik tutup mulut dan duduk diam-diam kalau tidak tahu. Islam bukannya agama yang boleh kita guna logic 100%. Semua benda kena nampak dengan biji mata baru nak beriman, padahal salah satu perkara wajib untuk menjadi mukmin sejati adalah mempercayai perkara ghaib.
Kisah wanita penzina
Semasa menunggu ayah di perkarangan surau, saya duduk mendengar tazkirah dan ustaz menceritakan kisah ini. Ketika nabi hidup, ada seorang wanita yang telah berkahwin mengandung datang menemui baginda. Wanita itu mengaku anak dalam kandungan adalah hasil penzinaan dengan lelaki lain dan mahu di hukum kerana sedar dan insaf akan kesalahannya itu. Lantas nabi berkata pulanglah kamu dulu, selepas kamu bersalin, kembali kemari. Selepas 2 tahun bilamana anak telah di lahirkan dan anak sudah putus susu ibu, wanita itu kembali untuk menerima hukuman rejam sampai mati.
Akhirnya wanita itu mati kerana hukuman tersebut. Nabi berkata tempat wanita itu adalah di syurga. Dia mahu menerima hukuman itu kerana dia tahu hukuman itu adalah hak Allah sebagaimana yang termaktub dalam perintahNya. Dia korbankan nikmat hidup dunia dan mengejar hidup di akhirat yang kekal.
Hudud dan ta’azir
Sesetengah sumber menceritakan 40 kali sebatan adalah hudud. Bermaksud, hukuman yang Allah tetapkan. Sesetangah sumber pula menceritakan Umar menjatuhkan hukuman sebat 80 kali. 40 hudud dan 40 lagi ta’azir. Ta’azir adalah hukuman untuk mendidik.
Justeru tidak payah lah nak buat-buat terkejut apabila Mufti Negeri Perak berkata hukuman 6 kali sebat nak bising-bising. Sepatutnya kena 80 kali!
Suatu turning point
Apabila kes Kartika hangat, saya berharap agar ianya jadi turning point untuk hakim mahkamah syariah dan semua pihak menjalankan hukuman syariah ke atas umat Islam. Lihat keadaan sekeliling kita, tolonglah tengok…betapa ramai umat Islam yang setakat Islam di IC..betapa selamba orang melayu Islam melepak di tepi pantai sambil meminum arak..anak-anak muda belia yang minum arak macam minum air masak..ramai orang ghairah cari dunia. Padahal setiap hari kita bangun tidur, umur kita makin pendek, makin dekat pada mati. Yang kekal itu akhirat jua. Jadi wajar hukuman ini untuk memberi peringatan dan pendidikan.
Hak asasi manusia
Ini tajuk favorite saya. Terus terang, hak asasi manusia ataupun human rights, adalah alasan favorite pihak yang menentang hukuman ini. Manusia di lahirkan dengan reason dan conscience, manusia tahu betul dan buruk sesuatu perkara. Saya setuju jika kita hidup dalam Utopian State ( suatu kehidupan yang sempurna ), di mana semua orang boleh hidup dengan sempurna, tiada cacat cela. Namun hidup ini adalah reality, eloklah kita back to the basic, sepertimana Allah cakap manusia dilahirkan dengan aqal dan nafsu. Fikirlah balik kenapa Allah suruh kita pelihara aqal BUKANNYA nafsu.
Saya juga bukannya tuhan untuk menghukum sesiapa. Saya hanya insan yang melihat penyakit hati dan moral yang wujud dalam masyarakat, seorang insan yang membaca ayat quran yang jelas memberikan panduan untuk overcome masalah tersebut , seorang insan yang terpanggil untuk menulis di ruangan ini. Saya tidak akan merajuk mahupun berkecil hati dan berdendam kesumat jika saya di label sebagai seorang yang fundamentalist dan extremist dek kerana pandangan saya ini. Saya yakin dengan pendirian saya, insyaAllah ( dengan izin Allah).
Cadangan
Sekali lagi saya sarankan, hukuman syariah tidak akan membawa kita kebelakang. Ia juga tidak akan menjadikan kita seperti Taliban. Buka mata hati untuk menerima hukuman ini dari sudut positif. Jika Negara ini tiada expertise untuk menyebat cara syariah, kita wajar mengimport penyebat dari Negara yang menjalankan hukuman ini seperti Acheh dan Arab Saudi. Kita juga wajar membentuk satu badan khas untuk menjalankan hukuman syariah seperti jabatan penjara yang ada jabatan khas dalam menyebat penjenayah. Cukup teratur , dalam prosedur, pengambilan kakitangan serta latihan. Mengapa pula ia tidak boleh untuk hukuman syariah?
Di samping hukuman, kegiatan dakwah dan pendidikan agama yang berterusan penting untuk menjadi mekanisme saling ingat mengingati antara sesama muslim. Pendidikan agama bukannya terbatas untuk adik-adik yang bersamping merah dan hijau, yang berserban, yang bertudung litup dan yang ke al-Azhar, tetapi untuk semua orang tak kira umur.
Kesimpulan
Rasulullah sebelum baginda wafat berkata peganglah kamu kepada 2 perkara yakni Quran dan hadith, nescaya kamu tidak akan sesat.kalau kita tak berpegang terhadap 2 perkara ini, siapa lagi nak pegang? Apakah yang kita nak pegang?