sarah`s blog

place to pour your fresh thoughts!

Kartika Sari Dewi dan Islam di Malaysia

with 12 comments

Kebelakangan ini ramai yang berkata tentang justifikasi hukuman 6 kali sebatan yang di jatuhkan terhadap Kartika kerana kesalahan meminum arak. Isu ini turut di kupas sempena tazkirah selepas solat tarawih.

Jujur saya katakan, saya bukanlah cerdik pandai agama mahupun pelajar undang-undang syariah, tetapi atas dasar seorang muslim yang Allah wajibkan ke atas semua umatNya menuntut ilmu, saya mencari beberapa sumber untuk mengetahui isu dan justifikasi hukuman terhadap Kartika. Namun dengan sedikit ilmu, yang Allah berikan pada saya ini, saya cuba untuk memperjelas sesuatu.

Golongan yang menentang hukuman ini.

 Pada mulanya, saya membaca tulisan tokoh-tokoh yang menetang perlaksanaan hukuman ini. Kebanyakkan mereka memperkatakan hukuman ini tidak wajar kerana tidak terdapat sepatah ayat di dalam Quran yang menyatakan hukuman sebat harus di lakukan terhadap peminum arak. Yang ada cuma larangan meminum arak, antaranya ayat 219 surah al baqarah dan di nyatakan meminum arak itu salah satu dosa besar. Allah mahu kita semua memelihara aqal sihat dengan menjauhi arak.

 Ada juga yang memperkatakan, hukuman ini zalim kerana Kartika meminum arak di atas kapasiti peribadinya semata-mata dan tidak melibatkan masyarakat. Hujah ini saya baca ketika berdiskusi di internet. Duhai insan yang telah di berikan aqal, sedarkah impak arak bukan sahaja terhadap diri sendiri (malah terdapat hadith yang mengatakan arak sebagai ibu kepada segala kejahatan ) dan masyarakat? Bagaimana arak mengawal diri ketika mabuk? Memandu kereta ketika mabuk? Berkata-kata ketika mabuk? Bergaduh ketika mabuk? Dan banyak lagi contoh-contoh yang terbentang luas di hadapan mata.

 Lagi satu hal, nabi dah cakap dalam diri manusia ada seketul daging, rosak daging itu, rosaklah manusia itu. Apakah daging itu? Itulah hati. Arak merosakkan kesihatan dan juga hati-suatu perkara yang sangat fundamental pada manusia.

 Cara hukuman sebat syariah

 Saya kira golongan yang menentang hukuman ini terdiri daripada mereka yang tidak jelas tentang hukuman sebat syariah. Ia tidak sama dengan sebat untuk penjenayah. Hukuman sebat ini mesti di lakukan terhadap lelaki mahupun perempuan. Manakala, hukuman sebat penjenayah pula di lakukan terhadap lelaki sahaja. Si penyebat, tidak boleh menaikkan lengan dan mesti menyebat dalam keadaan ketiak rapat ke sisi badan. Hukuman bukan bertujuan untuk mencederakan, tetapi untuk memberi pengajaran terhadap masyarakat supaya menjauhi arak. Hukuman sebat di lakukan ke atas wanita dalam keadaan pesalah itu sedang duduk. Manakala ke atas lelaki pula, dalam keadaan pesalah sedang berdiri.

 Berdasarkan hadith, nabi dan sahabat pernah memukul peminum arak dengan pelepah tamar yang di buang daun serta kasut.

 Hukuman di tangguh?

 Saya juga sangat tidak bersetuju dengan sikap Jabatan Agama Islam Pahang yang acuh tak acuh dalam melaksanakan hukuman ini. Saya tabik pada Kartika kerana beliau mahu di hukum kerana sedar akan kesalahannya itu. Malangnya hukuman di tangguh kerana ianya bulan ramadhan. Persoalannya, adakah hukuman itu tidak boleh di lakukan pada bulan ramadhan? Atas sumber mana yang menjustifikasi tindakan itu?

 Dalam kehangatan isu ini saya cukup kesal dengan sikap tokoh politik yang beragama Islam, tetapi menentang hukuman ini dan melabel ia sebagai zalim. Saya mencadangkan tokoh tersebut belajar agama dulu termasuk basic aqidah kerana mereka mempersendakam hukuman ini kerana buta agama! Tidakkah mereka sedar mereka akan send the wrong concept of Islam kepada non muslim? Saya sarankan lebih baik tutup mulut dan duduk diam-diam kalau tidak tahu. Islam bukannya agama yang boleh kita guna logic 100%. Semua benda kena nampak dengan biji mata baru nak beriman, padahal salah satu perkara wajib untuk menjadi mukmin sejati adalah mempercayai perkara ghaib.

 Kisah wanita penzina

 Semasa menunggu ayah di perkarangan surau, saya duduk mendengar tazkirah dan ustaz menceritakan kisah ini. Ketika nabi hidup, ada seorang wanita yang telah berkahwin mengandung datang menemui baginda. Wanita itu mengaku anak dalam kandungan adalah hasil penzinaan dengan lelaki lain dan mahu di hukum kerana sedar dan insaf akan kesalahannya itu. Lantas nabi berkata pulanglah kamu dulu, selepas kamu bersalin, kembali kemari. Selepas 2 tahun bilamana anak telah di lahirkan dan anak sudah putus susu ibu, wanita itu kembali untuk menerima hukuman rejam sampai mati.

 Akhirnya wanita itu mati kerana hukuman tersebut. Nabi berkata tempat wanita itu adalah di syurga. Dia mahu menerima hukuman itu kerana dia tahu hukuman itu adalah hak Allah sebagaimana yang termaktub dalam perintahNya. Dia korbankan nikmat hidup dunia dan mengejar hidup di akhirat yang kekal.

 Hudud dan ta’azir

 Sesetengah sumber menceritakan 40 kali sebatan adalah hudud. Bermaksud, hukuman yang Allah tetapkan. Sesetangah sumber pula menceritakan Umar  menjatuhkan hukuman sebat 80 kali. 40 hudud dan 40 lagi ta’azir. Ta’azir adalah hukuman untuk mendidik.

 Justeru tidak payah lah nak buat-buat terkejut apabila Mufti Negeri Perak berkata hukuman 6 kali sebat nak bising-bising. Sepatutnya kena 80 kali!

 Suatu turning point

 Apabila kes Kartika hangat, saya berharap agar ianya jadi turning point untuk hakim mahkamah syariah dan semua pihak menjalankan hukuman syariah ke atas umat Islam. Lihat keadaan sekeliling kita, tolonglah tengok…betapa ramai umat Islam yang setakat Islam di IC..betapa selamba orang melayu Islam melepak di tepi pantai sambil meminum arak..anak-anak muda belia yang minum arak macam minum air masak..ramai orang ghairah cari dunia. Padahal setiap hari kita bangun tidur, umur kita makin pendek, makin dekat pada mati. Yang kekal itu akhirat jua. Jadi wajar hukuman ini untuk memberi peringatan dan pendidikan.

 Hak asasi manusia

 Ini tajuk favorite saya. Terus terang, hak asasi manusia ataupun human rights, adalah alasan favorite pihak yang menentang hukuman ini. Manusia di lahirkan dengan reason dan conscience, manusia tahu betul dan buruk sesuatu perkara. Saya setuju jika kita hidup dalam Utopian State ( suatu kehidupan yang sempurna ), di mana semua orang boleh hidup dengan sempurna, tiada cacat cela. Namun hidup ini adalah reality, eloklah kita back to the basic, sepertimana Allah cakap manusia dilahirkan dengan aqal dan nafsu. Fikirlah balik kenapa Allah suruh kita pelihara aqal BUKANNYA nafsu.

 Saya juga bukannya tuhan untuk menghukum sesiapa. Saya hanya insan yang melihat penyakit hati dan moral yang wujud dalam masyarakat, seorang insan yang membaca ayat quran yang jelas memberikan panduan untuk overcome masalah tersebut , seorang insan yang terpanggil untuk menulis di ruangan ini. Saya tidak akan merajuk mahupun berkecil hati dan berdendam kesumat jika saya di label sebagai seorang yang fundamentalist dan extremist dek kerana pandangan saya ini. Saya yakin dengan pendirian saya, insyaAllah ( dengan izin Allah).

 Cadangan

 Sekali lagi saya sarankan, hukuman syariah tidak akan membawa kita kebelakang. Ia juga tidak akan menjadikan kita seperti Taliban. Buka mata hati untuk menerima hukuman ini dari sudut positif. Jika Negara ini tiada expertise untuk menyebat cara syariah, kita wajar mengimport penyebat dari Negara yang menjalankan hukuman ini seperti Acheh dan Arab Saudi. Kita juga wajar membentuk satu badan khas untuk menjalankan hukuman syariah seperti jabatan penjara yang ada jabatan khas dalam menyebat penjenayah. Cukup teratur , dalam prosedur, pengambilan kakitangan serta latihan. Mengapa pula ia tidak boleh untuk hukuman syariah?

 Di samping hukuman, kegiatan dakwah dan pendidikan agama yang berterusan penting untuk menjadi mekanisme saling ingat mengingati antara sesama muslim. Pendidikan agama bukannya terbatas untuk adik-adik yang bersamping merah dan hijau, yang berserban, yang bertudung litup dan yang ke al-Azhar, tetapi untuk semua orang tak kira umur.

 Kesimpulan

 Rasulullah sebelum baginda wafat berkata peganglah kamu kepada 2 perkara yakni Quran dan hadith, nescaya kamu tidak akan sesat.kalau kita tak berpegang terhadap 2 perkara ini, siapa lagi nak pegang? Apakah yang kita nak pegang?

Written by sara_myra

August 31, 2009 at 2:59 pm

Posted in agama&teologi

12 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. thank u so much for this entry! couldn’t agree more [:

    alysha

    September 15, 2009 at 2:47 pm

  2. salam. tentang cerita berkenaan wanita yang mmahukan dihukum, adakah itu hadis sahih?

    tertanya2 jugak sebab ada satu hadis (dinilai sahih oleh imam muslim) berkata tentang seorang lelaki yang melakukan kesalahan (tak ingat zina ataupun perkara lain tetapi kesalahan yang hukumannya hudud) secara peribadi dan tersorok kemudian datang pada rasulullah dan memberitahu tentang perkara tersebut tetapi rasulullah tidak menjatuhkan hukuman padanya kerana perkara itu dilakukan secara tersorok dan ajaran islam adalah bukan ‘mengintai’ kesilapan dan membuka aib seseoang yang telahpun ditutup (x buat secara terang-terangan).

    *edit- dah jumpa hadis sahih tu; boleh baca juga dalam entri ustaz/dr.asri ;
    http://drmaza.com/home/?p=480
    ——————————————————
    extract dari article;
    Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:

    “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

    Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

    “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

    Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

    “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

    Maka ada seorang bertanya:

    “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

    Jawab Nabi saw:

    “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

    Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

    —————————————————–
    *tapi arak ada kena mengena dengan keselamatan dan kemaslahatan awam. point di atas ni adalah merujuk balik cerita zina perempuan mengandung di atas tu.

    kalu berpandukan hadis sahih itu, cerita tentang perempuan yang dihukum di atas nampak seperti contradict. wallahualam. kerana tu saya tertanya nilai hadis tersebut. risau jugakkan sebab ada sesetengah ustaz (tanpa prejudis) mungkin dia tersilap, atau terlepas pandang terhadap nilaian hadis. mungkin juga cerita di atas adalah benar, tetapi mungkin juga tidak, takut dan risau kalau hadis lemah atau palsu. tapi kalu memang sahih, saya minta maaf sebab saya pun limited jugak dari ilmu agama

    wallahu’alam.

    zaza

    September 15, 2009 at 7:24 pm

  3. abu likes this..haha…

    abu

    September 22, 2009 at 9:09 pm

  4. nice blog sara :) , keep writing!

    bil

    October 6, 2009 at 9:55 am

  5. spt yg saya katakan saya bukannya expert dlm bidang agama.maka maafkan saya jika hadith yg saya petik itu (yg saya dengar semasa kuliah solah terawih)tidak sahih..tetapi ada ayat quran yg menyebut
    “Perempuan berzina dan lelaki yg berzina, hendaklah kamu sebat tiap2 seorang dr kedua-duanya seratus kali sebat; dan jgnlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yg dikenakan kpd mereka itu sekumpulan dr org yg beriman.” surah an nur ayat 2.
    justeru hadith itu in line dgn perintah Allah dlm surah tersebut.maaf ya sy mmg tak dapat recall hadith tu datang dari perawi mana..tetapi perkara yg sy dpt simpulkan ialah hukuman ni tertulis dlm quran dan quran dtg dari Allah.Allah yg cipta manusia,He knows human better than we do.

    sara_myra

    October 8, 2009 at 7:48 am

  6. sebab dalam hudud pun ada requirement saksi semua tu, sedangkan di atas tiada. hudud memang strict, tapi requirement membuktikan pun sangat susah dan strict.

    saya tanya adik juga pasal hadis tu tapi dia tak sure sahih ke tak tapi dia dengar another version of hadis atas, tapi ending yang berbeza, ending tu bila dia datang balik, Rasulullah suruh pulang semula. wallahu’alam. tak tau mana yang betul.

    yang penting kalau orang tu memang salah memang patut dihukum. selari dengan al-quran, tapi ada requirement2 tertentu. tak bermakna kalau perempuan itu terlepas bermakna telah melanggar al-quran etc.
    nanti saya cek balik saya akan komen balik

    concern saya sekarang bukan entry di atas atau tentang kartika tapi cuma tertumpu pada hadis tersebut.

    sebat isu hadis sahih atau tak ni pun satu benda yang saya risau. sebab ada hadis berbunyi,
    ‘jangan berbohong atas nama rasulullah’, dan hadis yang salah bila disebut seperti berbohong atas nama rasulullah selagi kita boleh berusaha pastikan kesahihan. sayan pun kadang2 tersilap juga tapi risau. at least bila hadis tu sahih ia dah dikaji oleh yang expert dalam bidang tu, jadi ijtihad walau salah boleh dapat pahala.

    semua ni berbalik pada balance.

    nanti saya cek balik dalam himpunan hadis sahih.
    selagi boleh elakkan hadis yang tidak sahih patut elakkan.

    sebab dalam al-quran perlu dibaca dengan ayat2 lain untuk dapatkan balance. dan rasulullah pula lebih menerangkan al-quran. selagi tak contradict. Al-quran memang lebih supreme dari hadis. tapi contoh kalau kita baca al-quran tapi baca satu part tapi tak baca lain akan jadi lain. contohla macam lelaki yang kata,

    ‘al quran kata kawhwin 2, 3, 4 tetapi hanya satu jika mampu’. dan start interpret ayat quran kata dua dulu. satu last sekali.

    kadang2 tak quote pun yang mampu.

    and kadang2 lupa yang rasulullah pun ada halang saidina Ali dari poligami dengan anaknya sebab anaknya bersedih dan baginda akan turut bersedih. rasulullah halang bukan sebab tak mampu tapi sebab fatimah bersedih.

    perkara2 macam tu.

    kalu memang hadis tu sahih tak ada masalah.
    kalu hadis tu tak sahih walaupun dari satu part menunjukkan ia in line dengan al-quran tak membuatkan ianya betul untuk suatu hadis tu untuk jadi sahih.

    harap apa yang saya cuba sampaikan tak berbelit2 :P

    apa2pun kalu saya jumpa saya akan get back balik. :)

    thanks.

    zaza

    October 8, 2009 at 12:53 pm

  7. saya dah check,
    hadis yang di quote di entry atas memang hadith sahih – dinilai sahih oleh imam muslim. :)
    ada beberapa hadis dalam chapter castigation to adulterer.
    ada tiga hadis yang menunjukkan confessor datang dan confess kepada rasulullah tapi rasulullah suruh balik, sampai confession keempat baru rasulullah jatuhkan hukuman. (ada rantaian hadis yang menyebut dua atau tiga)

    dan requirement untuk jatuhkan hukuman untuk adultery juga dalam chapter yang sama adalah witness, pregnancy dan confession.

    dan tentang ‘quran dtg dari Allah.Allah yg cipta manusia,He knows human better than we do.’ seratus peratus saya terima, takde secubit pun tolak.

    cuma concern saya pada kesahihan hadith. kalau sahih tak ada masalah. contoh sekarang dah tahu sahih, so I have nothing against it.

    dan sesungguhnya jangan lupa yang perbuatan dan kata2 rasulullah pun penting selain baca al-quran semata. al quran diyakini tidak berubah. tetapi kata2 rasulullah semua ada cara nilaiannya takut tersalah jadi kena berhati2 sikit yang tu.

    dalam chapter yang sama pun ada satu hadith yang ada orang question kenapa perlu direjam, sedangkan tidak tertulis dalam al-quran ,

    ‘Abdullah b. ‘Abbas reported that ‘Umar b. Khattab sat on the pulpit of Allah’s Messenger (may peace be upon him) and said: Verily Allah sent Muhammad (may peace be upon him) with truth and He sent down the Book upon him, and the verse of stoning was included in what was sent down to him. We recited it, retained it in our memory and understood it. Allah’s Messenger (may peace be upon him) awarded the punishment of stoning to death (to the married adulterer and adulteress) and, after him, we also awarded the punishment of stoning, “I am afraid that with the lapse of time, the people (may forget it) and may say: We do not find the punishment of stoning in the Book of Allah, and thus go astray by abandoning this duty prescribed by Allah.” Stoning is a duty laid down in Allah’s Book for married men and women who commit adultery when proof is established, or it there is pregnancy, or a confession.
    (sahih muslim)

    jadi hadis sama penting. dan penting juga untuk pastikan kesahihan.
    quran sebut zina salah. tapi quran tak kata rejam. tapi ada hadith sokongan yang kata rejam.
    macam sembahyang, al quran kata perlu sembahyang, tapi tak ada cara, kita ikut rasulullah sembahyang, macam dalam hadith sahih (muslim atau bukhari, nanti saya check balik tapi antara dua tu) – sembahyang seperti mana aku sembahyang.

    sesungguhnya al-quran dari Allah. dan Rasulullah His messenger.
    jadi message dari messenger tu kena pastikan betul atau tidakkan.

    sesuatu yang bagaimana baik pun tak boleh disokong dengan sesuatu yang tak benar. contoh terawikh ada fadhilat2 nya dan dalam hadith sahih memang ada. tapi tak bermakna kerana memang solat terawikh tu digalakkan, bermakna seseorang boleh mereka hadis palsu untuk menggalakkan solat tersebut (seperti contoh setengah fadhilat terawikh yang beberapa tahun dulu disebarkan adalah palsu). seperti memaukkan kata2 ke dalam mulut rasulullah sedangkan baginda tak berkata macam tu. matlamat tak menghalalkan cara.yang benar kita benarkan dengan kebenaran. jangan benarkan benar dengan yang tak benar, itu concern saya yang sebenar2nya.

    so basically concern saya tu.

    sekarang dah check, dan memang sahih. at least saya belajar benda baru :)

    terima kasih.

    zaza

    October 8, 2009 at 2:25 pm

  8. harap dapat approve comment yang before ni, sebab latest ni kesinambungan untuk yang previous tu. thanks :)

    zaza

    October 9, 2009 at 2:38 am

  9. thanks for showing yr interests and comments on this post. i appreciate yr sentiment on the authenticity of hadith. i know we have to be careful for if we being so reckless perhaps we might mislead the society by delivering wrong info. with regard to the hadith whereby rasul saw asked the adulturer to confess for 4th times,then only he will be stoned to death.

    i come across this article.pls read it coz it might explained yr concern.

    http://www.tranungkite.net/lama/berita10/alimuda8.htm

    thanks

    sara_myra

    October 13, 2009 at 6:30 pm

    • hve read that piece of arguments linked. thank you. :)

      my main concern is on authencity of hadith,
      nothing on whether hudud should or shouldn’t be applied. the article you linked to is a nice read, and personally I never rely on astora jabat since his set of supported dalil and argument is often questionable at least to me – though sometimes I admit he invoked sahih hadith but sometimes it is read alone and not with otehr relevant hadiths, and Quranic verses, very unfortunately.

      and about the 4 time confession, the one hadith you quoted above is also under the category – if you read the original text, at the end of the hadith is the one about 4 times confession. though of course hadith should not be read alone but together with other hdiths and of course importantly Al-Quran :) and as stated above, it was also reported that some narration provided for 2 or 3 times confession which of course is NO absolute 4. if we go on about the contents and substance of a hukum there will be ongoing debate – but basically that’s really not my concern here as I’m really limited in knowledge in that aspect so I reserve my comment on that. just as you rightly put – it’s about my sentiment on authenticity of hadith. and as checked the one you quoted above is sahih – and of course it must be read with other relevnts hadith and quranic verse as well.

      really thanks.
      nice discussion by the way :)

      *sorry membebel pnjang dari atas. kalau dah start menulis memang mengada sikit. thanks ye for reading and discussing. it’s not necessary for views to coincide but ability to appreciate discussion is a glad glad thing. thank you! :) *

      zaza

      October 14, 2009 at 2:44 pm

  10. Salam
    Saya nak tanya pasal Hadis Wanita Penzina

    1. Boleh tak bagi tau saya hadis ni sahih@tak?
    2. Kalau sahih siapa perawinya?

    terima kasih. wassalam

    Marl

    November 29, 2009 at 9:57 am

  11. salam

    sorry i take a long time to reply
    alhamdulillah i managed to meet several ustazs pertaining on this matter.so far,they have heard this hadith and admit this is a piece of hadith sahih
    i also encounter the following statement

    “TIDAKKAH ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG??

    saya petik sebuah hadith dari kitab Riyadhus Shalihin [Hadith 22, Bab Taubat];
    Dari Abu Nujaid (dengan dhammahnya nun dan fathahnya jim) iaitu lmran bin Hushain al-Khuza’i radhiallahu ‘anhuma bahwasanya ada seorang wanita dari suku Juhainah mendatangi Rasulullah s.a.w. dan ia sedang dalam keadaan hamil kerana perbuatan zina. Kemudian ia berkata: “Ya Rasulullah, saya telah melakukan sesuatu perbuatan yang harus dikenakan had – hukuman – maka tegakkanlah had itu atas diriku.” Nabi Allah s.a.w. lalu memanggil wali wanita itu lalu bersabda: “Berbuat baiklah kepada wanita ini dan apabila telah melahirkan – kandungannya, maka datanglah padaku dengan membawanya.” Wali tersebut melakukan apa yang diperintahkan. Setelah bayinya lahir, beliau s.a.w. memerintahkan untuk memberi hukuman, wanita itu diikatlah pada pakaiannya, kemudian dirajamlah. Selanjutnya beliau s.a.w. menyembahyangi jenazahnya.

    Umar berkata pada beliau: “Apakah Tuan menyembahyangi jenazahnya, ya Rasulullah, sedangkan ia telah berzina?” Beliau s.a.w. bersabda: “Ia telah bertaubat benar-benar, andai taubatnya itu dibahagikan kepada tujuh puluh orang dari penduduk Madinah, pasti masih mencukupi. Adakah pernah engkau menemukan seseorang yang lebih utama dari orang yang suka mendermakan jiwanya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah ‘Azzawajalla.” (Riwayat Muslim)
    dosa wanita tadi adalah berzina, dan untuk itu dia dikenakan hukuman Had (Hudud) yang dia sendiri memintanya kerana merasakan dirinya berdosa kepada Allah. rejaman yang dikenakan ke atasnya adalah satu ujian Allah ke atasnya untuk menguji keimanan dan ketaqwaannya. ketabahan dan keredhaannya terhadap ujian Allah tadi mengkifarahkan dosanya lantas di akhirat dia bebas dari seksaan Allah dalam neraka.
    “jangan salahkan Tuhan atas dosa yang kita lakukan, sesungguhnya Dia menyayangi hamba-hamba-Nya, mencintai pula hamba-hamba yang beriman kepada-Nya” ”

    the abovementioned statement is extracted from
    http://thetalkingpen.blogspot.com/2008/05/mengapa-allah-menguji-kita.html

    sara_myra

    November 30, 2009 at 4:55 pm


Leave a Reply