sarah`s blog

place to pour your fresh thoughts!

Archive for the ‘agama&teologi’ Category

Kartika Sari Dewi dan Islam di Malaysia

with 12 comments

Kebelakangan ini ramai yang berkata tentang justifikasi hukuman 6 kali sebatan yang di jatuhkan terhadap Kartika kerana kesalahan meminum arak. Isu ini turut di kupas sempena tazkirah selepas solat tarawih.

Jujur saya katakan, saya bukanlah cerdik pandai agama mahupun pelajar undang-undang syariah, tetapi atas dasar seorang muslim yang Allah wajibkan ke atas semua umatNya menuntut ilmu, saya mencari beberapa sumber untuk mengetahui isu dan justifikasi hukuman terhadap Kartika. Namun dengan sedikit ilmu, yang Allah berikan pada saya ini, saya cuba untuk memperjelas sesuatu.

Golongan yang menentang hukuman ini.

 Pada mulanya, saya membaca tulisan tokoh-tokoh yang menetang perlaksanaan hukuman ini. Kebanyakkan mereka memperkatakan hukuman ini tidak wajar kerana tidak terdapat sepatah ayat di dalam Quran yang menyatakan hukuman sebat harus di lakukan terhadap peminum arak. Yang ada cuma larangan meminum arak, antaranya ayat 219 surah al baqarah dan di nyatakan meminum arak itu salah satu dosa besar. Allah mahu kita semua memelihara aqal sihat dengan menjauhi arak.

 Ada juga yang memperkatakan, hukuman ini zalim kerana Kartika meminum arak di atas kapasiti peribadinya semata-mata dan tidak melibatkan masyarakat. Hujah ini saya baca ketika berdiskusi di internet. Duhai insan yang telah di berikan aqal, sedarkah impak arak bukan sahaja terhadap diri sendiri (malah terdapat hadith yang mengatakan arak sebagai ibu kepada segala kejahatan ) dan masyarakat? Bagaimana arak mengawal diri ketika mabuk? Memandu kereta ketika mabuk? Berkata-kata ketika mabuk? Bergaduh ketika mabuk? Dan banyak lagi contoh-contoh yang terbentang luas di hadapan mata.

 Lagi satu hal, nabi dah cakap dalam diri manusia ada seketul daging, rosak daging itu, rosaklah manusia itu. Apakah daging itu? Itulah hati. Arak merosakkan kesihatan dan juga hati-suatu perkara yang sangat fundamental pada manusia.

 Cara hukuman sebat syariah

 Saya kira golongan yang menentang hukuman ini terdiri daripada mereka yang tidak jelas tentang hukuman sebat syariah. Ia tidak sama dengan sebat untuk penjenayah. Hukuman sebat ini mesti di lakukan terhadap lelaki mahupun perempuan. Manakala, hukuman sebat penjenayah pula di lakukan terhadap lelaki sahaja. Si penyebat, tidak boleh menaikkan lengan dan mesti menyebat dalam keadaan ketiak rapat ke sisi badan. Hukuman bukan bertujuan untuk mencederakan, tetapi untuk memberi pengajaran terhadap masyarakat supaya menjauhi arak. Hukuman sebat di lakukan ke atas wanita dalam keadaan pesalah itu sedang duduk. Manakala ke atas lelaki pula, dalam keadaan pesalah sedang berdiri.

 Berdasarkan hadith, nabi dan sahabat pernah memukul peminum arak dengan pelepah tamar yang di buang daun serta kasut.

 Hukuman di tangguh?

 Saya juga sangat tidak bersetuju dengan sikap Jabatan Agama Islam Pahang yang acuh tak acuh dalam melaksanakan hukuman ini. Saya tabik pada Kartika kerana beliau mahu di hukum kerana sedar akan kesalahannya itu. Malangnya hukuman di tangguh kerana ianya bulan ramadhan. Persoalannya, adakah hukuman itu tidak boleh di lakukan pada bulan ramadhan? Atas sumber mana yang menjustifikasi tindakan itu?

 Dalam kehangatan isu ini saya cukup kesal dengan sikap tokoh politik yang beragama Islam, tetapi menentang hukuman ini dan melabel ia sebagai zalim. Saya mencadangkan tokoh tersebut belajar agama dulu termasuk basic aqidah kerana mereka mempersendakam hukuman ini kerana buta agama! Tidakkah mereka sedar mereka akan send the wrong concept of Islam kepada non muslim? Saya sarankan lebih baik tutup mulut dan duduk diam-diam kalau tidak tahu. Islam bukannya agama yang boleh kita guna logic 100%. Semua benda kena nampak dengan biji mata baru nak beriman, padahal salah satu perkara wajib untuk menjadi mukmin sejati adalah mempercayai perkara ghaib.

 Kisah wanita penzina

 Semasa menunggu ayah di perkarangan surau, saya duduk mendengar tazkirah dan ustaz menceritakan kisah ini. Ketika nabi hidup, ada seorang wanita yang telah berkahwin mengandung datang menemui baginda. Wanita itu mengaku anak dalam kandungan adalah hasil penzinaan dengan lelaki lain dan mahu di hukum kerana sedar dan insaf akan kesalahannya itu. Lantas nabi berkata pulanglah kamu dulu, selepas kamu bersalin, kembali kemari. Selepas 2 tahun bilamana anak telah di lahirkan dan anak sudah putus susu ibu, wanita itu kembali untuk menerima hukuman rejam sampai mati.

 Akhirnya wanita itu mati kerana hukuman tersebut. Nabi berkata tempat wanita itu adalah di syurga. Dia mahu menerima hukuman itu kerana dia tahu hukuman itu adalah hak Allah sebagaimana yang termaktub dalam perintahNya. Dia korbankan nikmat hidup dunia dan mengejar hidup di akhirat yang kekal.

 Hudud dan ta’azir

 Sesetengah sumber menceritakan 40 kali sebatan adalah hudud. Bermaksud, hukuman yang Allah tetapkan. Sesetangah sumber pula menceritakan Umar  menjatuhkan hukuman sebat 80 kali. 40 hudud dan 40 lagi ta’azir. Ta’azir adalah hukuman untuk mendidik.

 Justeru tidak payah lah nak buat-buat terkejut apabila Mufti Negeri Perak berkata hukuman 6 kali sebat nak bising-bising. Sepatutnya kena 80 kali!

 Suatu turning point

 Apabila kes Kartika hangat, saya berharap agar ianya jadi turning point untuk hakim mahkamah syariah dan semua pihak menjalankan hukuman syariah ke atas umat Islam. Lihat keadaan sekeliling kita, tolonglah tengok…betapa ramai umat Islam yang setakat Islam di IC..betapa selamba orang melayu Islam melepak di tepi pantai sambil meminum arak..anak-anak muda belia yang minum arak macam minum air masak..ramai orang ghairah cari dunia. Padahal setiap hari kita bangun tidur, umur kita makin pendek, makin dekat pada mati. Yang kekal itu akhirat jua. Jadi wajar hukuman ini untuk memberi peringatan dan pendidikan.

 Hak asasi manusia

 Ini tajuk favorite saya. Terus terang, hak asasi manusia ataupun human rights, adalah alasan favorite pihak yang menentang hukuman ini. Manusia di lahirkan dengan reason dan conscience, manusia tahu betul dan buruk sesuatu perkara. Saya setuju jika kita hidup dalam Utopian State ( suatu kehidupan yang sempurna ), di mana semua orang boleh hidup dengan sempurna, tiada cacat cela. Namun hidup ini adalah reality, eloklah kita back to the basic, sepertimana Allah cakap manusia dilahirkan dengan aqal dan nafsu. Fikirlah balik kenapa Allah suruh kita pelihara aqal BUKANNYA nafsu.

 Saya juga bukannya tuhan untuk menghukum sesiapa. Saya hanya insan yang melihat penyakit hati dan moral yang wujud dalam masyarakat, seorang insan yang membaca ayat quran yang jelas memberikan panduan untuk overcome masalah tersebut , seorang insan yang terpanggil untuk menulis di ruangan ini. Saya tidak akan merajuk mahupun berkecil hati dan berdendam kesumat jika saya di label sebagai seorang yang fundamentalist dan extremist dek kerana pandangan saya ini. Saya yakin dengan pendirian saya, insyaAllah ( dengan izin Allah).

 Cadangan

 Sekali lagi saya sarankan, hukuman syariah tidak akan membawa kita kebelakang. Ia juga tidak akan menjadikan kita seperti Taliban. Buka mata hati untuk menerima hukuman ini dari sudut positif. Jika Negara ini tiada expertise untuk menyebat cara syariah, kita wajar mengimport penyebat dari Negara yang menjalankan hukuman ini seperti Acheh dan Arab Saudi. Kita juga wajar membentuk satu badan khas untuk menjalankan hukuman syariah seperti jabatan penjara yang ada jabatan khas dalam menyebat penjenayah. Cukup teratur , dalam prosedur, pengambilan kakitangan serta latihan. Mengapa pula ia tidak boleh untuk hukuman syariah?

 Di samping hukuman, kegiatan dakwah dan pendidikan agama yang berterusan penting untuk menjadi mekanisme saling ingat mengingati antara sesama muslim. Pendidikan agama bukannya terbatas untuk adik-adik yang bersamping merah dan hijau, yang berserban, yang bertudung litup dan yang ke al-Azhar, tetapi untuk semua orang tak kira umur.

 Kesimpulan

 Rasulullah sebelum baginda wafat berkata peganglah kamu kepada 2 perkara yakni Quran dan hadith, nescaya kamu tidak akan sesat.kalau kita tak berpegang terhadap 2 perkara ini, siapa lagi nak pegang? Apakah yang kita nak pegang?

Written by sara_myra

August 31, 2009 at 2:59 pm

Posted in agama&teologi

ramadhan

without comments

Baru-baru ini aku menonton dokumentari di saluran 501 Astro Awani. Ia berkisar tentang sambutan bulan ramadhan di Malaysia. Lebih kurang sebulan dari sekarang, inshaAllah, seluruh umat Islam akan menyambut ramadhan. Ramadhan ialah bulan yang mulia dan penuh keberkatan.

Acap kali kita bicara tentang ramadhan isinya tentulah tentang puasa dan buka puasa. Umat Islam di tuntut untuk berpuasa seharian sehingga terbenam matahari. Puasa bukanlah setakat menahan lapar dan dahaga, tetapi lebih daripada itu. Kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa dan melatih diri untuk jadi orang yang sabar. Namun berapa kerat di antara kita benar-benar dapat bersabar sewaktu bulan ramadhan? Tersekat di jalan raya pun sudah mampu untuk membuat kita mengucap perkataan yang tidak wajar, apatah lagi ujian lain..memanglah mencarut pada zahirnya tidak membatalkan puasa , tetapi ia perkara yang tidak di sukai Allah,jadi mengapa harus melakukan perkara tersebut sewaktu bulan ramadhan pula tu? Malahan ada sesetengah cerdik pandai berpendapat yang dipuasakan itu ialah rohani kita bukan jasad semata-mata.

Apa yang aku fahami sebulan ramadhan ini akan menentukan perangai kita 11 bulan seterusnya. Jika kita mampu mengharungi sebulan berpuasa dengan penuh pengertian, inshaAllah kita juga akan dapat mengharungi bulan-bulan yang berikutnya dengan attitude yang positif sama seperti kita di bulan ramadhan. Amalan-amalan di bulan ramadhan kita kena carry ke bulan lain. Contohnya solat terawih di bulan ramadhan, tetapi di bulan lain solat tahajjud. Jadinya kita akan istiqamah dalam beramal. Begitu juga dengan menderma dan menjenguk anak yatim. Sewaktu bulan ramadhan mereka ini siap di usung ke hulu hilir dengan berbagai-bagai perkara. Selepas ramadhan? Kesal juga kerana sikap orang kita macam melihat mereka ini hidup sebulan sahaja dalam setahun.

Kuih pelita dan murtabak adalah juadah yang sangat sinonim semasa ramadhan. Pergi saja ke mana-mana pun bazaar ramadhan pasti juadah ini ada di jual. Seperti yang di janjikan Allah, ramadhan bulan keberkatan, rezeki melimpah ruah kepada sesiapa yang berusaha untuk mencari rezeki. Namun kita juga selalu mendengar pesta makan ramadhan. Kita selalu berlebihan sewaktu membeli juadah dalam keadaan perut yang lapar. Akhirnya kita melakukan pembaziran. Begitu juga dengan trend buffet ramadhan di hotel dan restoran. Percaya atau tidak, ramai orang yang ke sana sangat ghairah untuk makan dengan banyak sebelum berbuka puasa, tetapi apabila sudah menjamah beberapa makanan mereka akan berasa kekenyangan. Oleh sebab itu kita di sunatkan untuk menjamah beberapa biji kurma dan susu untuk berbuka puasa, selepas itu solat magrib. Kalau makan banyak sangat, perut berat nak solat pun malas. Terawih jauh sekali. Jadi ramadhan akan menjadi bulan pesta makan, bukannya bulan yang di isi dengan amalan-amalan.

Tidak aku nafikan sebelum nenek pulang ke rahmatullah kira-kira 3 tahun yang lepas, setiap ramadhan aku pasti ingin bersama dengannya. Sejak kecil aku kerap tinggal di kampung. Setiap kali bulan puasa rumah akan dilimpahi cahaya pelita. Kami bersahur kira-kira jam 4.30 atau 5 pagi. Nenek akan memastikan aku bangun bersahur, walau apa pun caranya, aku mesti bangun. Di kampung sangat sejuk nak bangun pagi pun agak liat. Kena bertarung dengan selimut dan sejuk. Besar dugaan nak bangun sahur hahaha.

Menjelang petang nenek akan memasak sesuatu untuk juadah berbuka puasa. Adalah menjadi kewajipan nenek menyediakan kuih Melaka yang menjadi kegemaranku. Jadi boleh di katakan tiap kali aku di kampung nenek pasti akan menyediakan kuih itu. Atuk juga kadang-kadang ke pekan membeli murtabak yang famous in town itu. Menjelang magrib kami semua berkumpul untuk berbuka puasa. Jika pada hari sabtu, rumah akan jadi pack kerana makcik dan pakcik balik ke kampung bersama sepupu. Mereka juga biasanya akan membeli juadah sebelum berbuka puasa. Maka di atas tikar ( kena makan atas tikar sebab meja makan tak cukup muat untuk semua orang ) berbagai-bagai jenis makanan ada, kurma, kuih Melaka, murtabak, ayam percik, mihun goreng, air soya, dan tembikai. Juadah ini kiranya common di kampung sewaktu itu. Alhamdulillah, walaupun makanan banyak tetapi nenek sangat pantang terhadap orang yang membazir. Makanan yang lebih akan di habiskan selepas bersolat terawih.

Selepas berbuka puasa ada yang ke surau untuk solat terawih berjemaah, ada yang solat di rumah. Nenek dan atok pasti ke surau setelah solat isya untuk solat terawih berjemaah dengan orang kampung. Aku dan sepupu yang lain bersatu tenaga membakar mercun di halaman rumah. Akibatnya sebahagian rumput mutiara atok terbakar. Selepas tu, tahan sajalah telinga kena marah dengan atok. Hahaha.

Apabila aku sudah besar aku berjinak-jinak ke masjid untuk bersolat terawih berjemaah. Jujur aku katakan, kami saling mengenali di kampung. Jadi apabila ke masjid aku berasa sangat di sayangi kerana ada saja yang bertanya khabar dan menyapaku. Apa tidaknya aku menghabiskan masa kanak-kanak aku di kampung dan bersekolah di sana selama 2 tahun. Justeru ramai yang mengenali aku. Buat lah apa sahaja, mandi sungai ke, panjat pokok ke, melepak di rumah kawan ke, melepak di tasik hijau ke, orang kampung pasti menegur dan mengenali aku sebagai cucu atuk dan nenek hehehe.

Namun perkara ini jarang dilihat di tempat tinggalku yang mana tiada komuniti Islam yang besar. Mahu berterawih secara berjemaah pun hati berasa tawar. Tak ramai yang ke surau. Jadi aku tak akan melepas peluang untuk pulang ke kampung pada cuti akhir minggu. Lebih best berterawih di sana.

Dari dulu lagi aku selalu berdoa untuk berpuasa penuh 30 hari. Aku sedar perkara ini jarang berlaku terhadap perempuan, tetapi ramadhan lepas, Allah makbulkan doa itu. Jadi, Allah itu maha mendengar dan mengasihi manusia. Setelah berpuasa 30 hari dengan penuh penghayatan hari raya aidulfitri adalah hari kemenangan untuk sesiapa yang benar-benar menghayati ramadhan. Ia adalah hari kemenangan selepas berjaya mengalahkan nafsu selama sebulan.

Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Bukan sekadar berbuka puasa dan memeriahkannya, tetapi menjadi medan untuk bertempur dengan nafsu sendiri serta belajar mengenali diri sendiri.

Written by sara_myra

July 15, 2009 at 3:58 am

Posted in agama&teologi

hikmah solat dari perspektif saintifik

without comments

Terapi solat

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. (dari berita harian online)

untuk artikel penuh sila klik di sini

 

Written by sara_myra

March 20, 2009 at 3:54 am

Posted in agama&teologi