sarah`s blog

place to pour your fresh thoughts!

Archive for the ‘politik dan hal ehwal semasa’ Category

detik hitam sufiah yusuf

without comments

_820888_family3001.jpgusia kami adalah sama. ketika dia ke oxford dan di nobatkan genius matematik, aku masih lagi terkial-kial belajar ilmu hisab itu.aku memang lemah dlm ilmu itu. aku kagum dengannya. tak ramai melayu yang cerdik seperti sufiah mampu ke oxford. pada hari ini setelah gagal dlm perkahwinan dia melacur kan diri nya.melalui web ini aku baca tentang kehidupannya kini…sangat memeranjatkan.

sedih kerana negara kita kehilangan seorang cerdik pandai..aku doakan agar Allah menunjukkan jalan yang benar untuknya…

Written by sara_myra

March 31, 2008 at 1:22 pm

our people and sex stimulant products

without comments

kali ini aku tidak dapat menahan kesabaran lagi. kebarangkalian untuk aku berdiam diri tipis. kebelakangan ini semakin banyak iklan-iklan ubat perangsang seks, kopi untuk tenaga batin dan sebagainya di iklankan dengan berleluasa. yang paling memualkan ia nya di dominasi oleh kaum melayu. wahai melayu, adakah hidup dan mati ini hanya untuk 4 huruf ini sahaja? yang paling membencikan apabila testimoni oleh pengguna barang tersebut di paparkan! apakah manfaat nya buat masyarakat secara keseluruhan?apakah manfaat nya buat aku yang belum bernikah?

pernah aku terbaca tentang isu ini.. mungkin sudah lama. melayu sering saja di kaitkan dengan seks. mangsa penipuan ubat perangsang seks pun orang melayu juga yang selalu masuk surat khabar. baru-baru ini seorang lelai terpaksa masuk wad gara-gara mahu mencuba `barang` baru. ceh…nafsu saja yang di daulatkan, memang itu lah balasannya.

ketika aku bersekolah seorang kawanku bercerita tentang iklan kopi yang Umphhh…siap dengan gambar katil sepasang suami isteri roboh selepas minum kopi tersebut.gambar iklan itu adalah gambar melayu…ini apa?

ini menunjukkan melayu amat sinonim dengan 4 huruf ini. islam sendiri mengajar kita untuk belajar bersopan dan hal-hal di dalam kamar tidur adalah rahsia. tetapi orang kita mempunyai perasaaan bangga pula apabila bercerita tentang hal itu. mana rasional nya?

pengusaha barangan ini pula amat ghairah mengejar keuntungan, sanggup buat macam-macam perkara yang tak masuk akal untuk kaut untung daripada insan yang tidak berakal waras ini, yang menjulang nafsu semata-mata. apabila tertipu dan masuk wad baru lah nak insaf…aku harapkan agar pengiklanan produk seperti ini di kawal dan dapat menjaga maruah serta martabat bangsa kita ini.

Written by sara_myra

March 31, 2008 at 1:00 pm

Datuk zaid ibrahim: kerajaan wajar minta maaf pada tun salleh abas

with one comment

Katanya institusi kehakiman terpalit dengan korupsi pada zaman Dr. M memerintah. Punca institusi kehakiman kita di pandang rendah oleh dunia kerana pemecatan Tun Salleh tidak sah. Ini antara alasan yang di kemukakan oleh datuk zaid untuk memulihkan institusi kehakiman kita. 2 pandangan berbeza yang setakat ini aku dengar dari beberapa kenalan ku. Pertama, ia adalah cara halus untuk mengheret Dr. M ke kancah politik bagi memalukan beliau. Keduanya, sebagai seorang peguam datuk zaid berniat murni untuk mengembalikan kredibiliti sistem kehakiman Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca, sistem kehakiman Negara kita memang telah terkenal dengan korupsi dan tirani terhadap peguam dan rakyat. Ia bersifat sebagai badan yang akan menolong kerajaan kerana asasnya, hakim itu sendiri di pilih oleh perdana menteri. Kalau anda semua mahu melihat sistem kehakiman kita daripada kaca mata dunia, baca report Justice in Jeopardy: Malaysia 2000.Aku sendiri sangat terkejut kerana sebelum ini aku hanya tahu beberapa kes sahaja tentang salah laku sistem kehakiman, tetapi report ini menerangkan secara detail tentang kepincangan sistem kehakiman kita. Sebagai rakyat Malaysia, aku juga menuntut supaya sistem kehakiman kita ‘di bersihkan’ semula. Adalah penting untuk memulihkan integriti sistem kehakiman kerana apabila kedaulatan undang-undang hilang, kezaliman dan salah guna kuasa akan terus mencengkam negara kita.

Written by sara_myra

March 25, 2008 at 4:11 am

threats?does anyone care?

with 2 comments

mic22.jpg

 aku dapat gambar ni dari malaysia today.ia jelas mengandungi ancaman jika orang india undi PAS dan pembangkang.perlu di ingatkan hak setiap orang untuk menzahirkan upacara keagamaan masing2 adalah terjamin dalam perlembagaan malaysia.kaum india di bawah pemerintahan PAS kelantan tidak pernah pula menimbulkan isu kuil mereka dirobohkan dan kegiatan agama mereka disekat.walaupun pilihanraya sudah berakhir,tetapi aku tidak hairan mengapa BN kehilangan kepercayaan rakyat,kerana BN tidak pernah puas menyebarkan mentaliti kebergantungan kaum india terhadap MIC.perkara yg sama berlaku pada UMNO.apakah bila mana UMNO dan MIC tiada melayu dan india tidak mampu berjaya?tidak mampu ke hadapan?apakah ini agenda tersembunyi supaya rakyat takut dan mereka akan terus dapat hidup senang lenang dengan merampok duit rakyat(kes anuar musa songlap duit tabung rakyat miskin pun senyap?).

Written by sara_myra

March 12, 2008 at 9:52 am

the aftermath of 12th general election

with one comment

analisis pilihanraya ke 12sesetengah orang akan gembira (termasuk aku), sesetangah akan sedih kerana kempunan mahu jadi YB.sesetangah tak berminat..secara jujur aku katakan kemenangan BA di 5 negeri amat mengejutkan dan di luar jangkaan ku. namun begitu apa yg aku harapkan ialah suatu perubahan positif yang bakal datang dan mampu merubah arah tuju negara ini ke arah yg lebih baik.

kepada yg telah di beri mandat, ingatlah apa yg kalian miliki adalah suatu amanah. tak selamanya berada di atas. menurut hukum fizik newton, setiap yang berada di atas pasti kebawah jua.

begitu juga dgn Datuk samy…aku tertarik dgn komen salah seorang jemputan di tv1 ketika malam 8mac..walaupun tidak menyatakan nama tapi aku faham beliau merujuk pada samy vellu. tak perlu nak tunggu anda di turunkan, jika rakyat dah tak nak anda turun lah dengan cara yg terhormat.tetapi aku baca d utusan online..30 NGO India mahu Samy dilantik Senator.aku tidak pasti samada ini suatu retorik politik semata2 ataupun simbiol keinginan samy mahu berkuasa hingga ke akhir hayatnya (such a dedicated power-addicted leader)

hakikatnya BA telah menguasai 5 negeri dan hakikat ini akan di kenang2 sampai bila2 kerana ini adalah outstanding performance.namun aku juga terdengar dan terbaca beberapa komen yg berbentuk racist.kononnya melayu hilang hak jika BA memerintah, UiTm akan dibuka kpd bangsa lain, penang akan jadi seperti singapura,etc.ini semua komen haprak dan lapuk dan komen insan yg kempunan jadi YB! apakah yg BN lakukan semasa memerintah di penang?aku tgk org melayu mcm tu jugak..komen itu mencerminkan metaliti kebergantungan bangsa melayu terhadap UMNO yang berkiblatkan matlamat menolong bangsa melayu. tetapi setelah 50thn merdeka bangsa melayu masih gagal untuk maju seperti bangsa lain.di mana silapnya?justeru aku berharap pihak seperti ini berfikir sejenak tentang perubahan,beri peluang kepada pemimpin baru untuk memerintah.kerana terlalu awal untuk judge dan kritik muka muka baru ini.

Written by sara_myra

March 12, 2008 at 9:30 am

Pilihanraya: eksploitasi artis dan media dan `blue wave`

with 2 comments

Sejak demam pilihanraya bermula maka berlambak-lambak lah iklan `blue wave` yang menggunakan cogan kata selamat, aman , bersih…Datuk siti nurhaliza, camelia antara selebriti yang aku baca kisah usaha mereka dalam berkempen untuk `blue wave` itu. Usaha untuk mempergunakan artis adalah langkah klasik yang telah di gunakan oleh calon parti republican di amerika syarikat. Persoalannya sekarang adakah selebriti ini mempunyai kesedaran politik dan mengikuti arus politik semasa ataupun dipergunakan untuk tempoh berkempen sahaja? Jika telahan kedua aku tepat, pada pendapat aku artis seperti ini tidak ada otak dan prinsip kerana sanggup dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu. Siapakah mereka untuk mengatakan pada rakyat untuk memilih parti mana yang baik dan menjamin masa depan yang cerah? Adakah mereka datang dari golongan yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang hala tuju Negara atau mereka mempunyai kesedaran ini setiap 5 tahun sekali itu pun datang di atas jemputan calon yang memang tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk bertemu dengan rakyat, hingga terpaksa guna selebriti. Apa yang dilontarkan dari mulut tukang kempen seharusnya fakta yang kukuh. kalau bercakap tanpa asas, suruh budak sekolah rendah pun boleh.  Pilihanraya umum ke 12 kali ini juga menyaksikan iklan gelombang biru atau `blue wave` menguasai kaca TV dan corong radio. Secara peribadi aku meletakkan diri aku di tempat rakyat jelata yang biasa, yang mahu mencari al ghazali dan tidak kepada kekayaan, harta bertimbun-timbun. Otak aku ligat mencari dan membina alasan…mengapa hingga begini teruk `blue wave` menggunakan media..Apakah `blue wave` sememangnya mempunyai kepentingan di Media Prima yang menguasai tv3,ntv7,tv8,tv9? Kalau di tv1 aku tidak hairan kerana aku yakin di bawah kepimpinan teraju utama mereka, Datuk zainuddin maidin yang mahir berkomunikasi dengan wartawan al jazeera, sudah tentu RTM di eksploitasi 100% untuk mempromosi `blue wave`. Mengikut ilmu perlembagaan yang aku pelajari, apabila parlimen dibubarkan, maka kerajaan sudah tidak ada. Mereka hanya wujud sebagai  `penjaga ` sementara eksekutif. Tetapi si pemegang amanah sementara ini nampaknya masih ingin mengekalkan jawatan masing-masing demi berkhidmat bagi bangsa, Negara yang tercinta. Aku cukup bangga punya tokoh politk yang berhati waja dan benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat. Terharu… ( I don`t need tissue ok? )Aku perlu minta maaf jika anda berpendapat kenyataan aku bahawasanya idea pembangunan koridor di Malaysia suatu idea yang kurang realistic. Idea ini sering sahaja di canangkan di dalam kaca tv. Meloyakan ..sungguh mual seperti baru lepas turun dari roller coaster. Betulkan aku jika aku silap…kira-kira RM 1.1 trillion diperuntukkan bagi pembangunan koridor. Mana datangnya wang ini? Dari pelabur asing yang bakal menguasai tanah bangsa kita kah? Ataupun datang dari pinjaman kah? Atau pun sekadar projek kah kah kah…apakah manfaat projek ini buat bangsa melayu? kerana setahu aku kerajaan setuju untuk melupuskan 30% ekuiti bumiputera di wilayah pembangunan iskandar? Apakah projek ini bakal menguntungkan pemegang kad keahlian parti keris bersilang? Ataupun insan yang bermata sepet? ( sepet? Aku juga sepet heheheheh) Aku juga perlu mengingatkan calon pembangkang, kurangkan serangan peribadi seperti melabel azalina sebagai lesbian kerana aku kira tuduhan ini amat berat.. lain lah jika dia sememangnya pernah di tangkap oleh jabatan agama di hotel mewah. Jika terus menyerang peribadi seseorang lambat laun rakyat juga muak punyai pemimpin yang bercakap seperti makcik-makcik yang sedang mengumpat secara berjemaah. Sebaliknya pertingkatkan kesedaran dikalangan rakyat tentang kepentingan mempunyai kerajaan yang telus dan bersih. Aku juga agak kabur tentang duit petronas dan kemampuan PKR menjanjikan harga minyak akan turun. Sedangkan harga minyak sedunia memang sedang melonjak jadi kerajaan memang terpaksa menggalas beban subsidi. Yang menjadi tanda tanya adakah wang daripada penghapusan subsidi ini di urus dengan baik. Jangan bersorak di kampung sendiri. Yang penting penjelasan yang lengkap dan berkesan kepada rakyat.  

Sedikit sajak …Arahan:baca dengan perlahan-lahan dan mengikut arahan ekspresi muka… 

Ku mahu, kamu tidak mahu kah? 

Aku sekadar rakyat kecil

Miskin…hodoh….bodoh…(ekspresi muka seposen)

Aku sekadar rakyat biasa…

Tangan ku di ikat….

Aku mahu berkata-kata…

Mulutku di selotape…

Aku mahu bangkit…

Bahu ku di tolak…

Aku mahu tahu…

Hanya majalah picisan gambar artis setengah bogel yang banyak di jual…

Aku mahu membaca….

kaca mataku di rampas…

Aku mahu menjerit….

Nanti terpaksa makan nasi kamunting….(ekspresi muka takut)

Aku mahu apa??Aku mahu perubahan …

Aku mahu melihat bangsaku berjaya…

Aku mahu melihat pemimpin ku yang bersih…

Aku mahu melihat pemimpin ku tidak menindas rakyat…

Aku mahu melihat pemimpin ku tidak merompak wang rakyat….

Aku mahu melihat pemimpin ku gah bersuara di pentas dunia…

.Aku mahu melihat pemimpin ku mempertahankan al quran dan sunnah… 

P/s: sajak ini di tulis kerana aku mahu sesuatu yang lain bakal lahir dari pilihanraya umum ke 12 kali ini. Tidak sabar mahu mengetahui pemenang kerusi lembah pantai J hehehehe…

Written by sara_myra

March 5, 2008 at 2:09 am

election fever?

without comments

salam semua.ni pertama kali aku menulis di blog.maaf walaupun zahirnya kelihatan caca merba tapi aku akan belajar untuk perbaiki kelemahan yang ada.berbaliki pada tajuk post aku ni..pasal pilihanraya..dikala ini la..mat2 pasang bendera,mamat yg dapat kontrak supply kotak undi,mat2 katering,akak2 jual kain batik+pelekat,..dan lain2 lagi barangan yang sinonim dengan pilihanraya akan gembira kerana tiap kali pilihanraya rezeki mereka melimpah ruah.aku turut sama tidak melepas kan peluang untuk jadi manusia yang praktikal(bak kata jeane lai).aku suka jadi pemerhati.best juga ya tengok telatah mat2 yang kempunan nak jadi wakil rakyat kerana mereka menggelarkan diri mereka sbg hamba rakyat atau subject`s servant. aku terharu sambil menguap apabila membaca surat khabar arus perdana tentang manusia seperti ini.aku tidak pasti sampai bila aku harus bermimpi untuk melihat seorang pemimpin berhati waja seperti mahmoud ahmadinejad memimpin malaysia tanah air tercinta ini…aku harus pergi kerana aku pasti kawan aku pasti mengamuk kerana aku lambat untuk janji temu dengannya.wassalam

Written by sara_myra

February 22, 2008 at 10:39 am