Archive for the ‘Uncategorized’ Category
Manusia dan kemanusiaan
Manusia dilahirkan dengan berbagai-bagai fitrah antaranya ingin hidup bersama masyarakat, ingin di kasihi, inginkan makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Kesemua perkara ini mencerminkan sesuatu susuk itu sebagai seorang manusia. Namun tidak semua manusia punya sifat kemanusiaan, tetapi sifat kebinatangan.
Sejak bangunan rumah kedai di hadapan rumahku siap dibina, seekor anjing hitam di tambat untuk menjaga kawasan itu. Sejak beberapa hari ini aku perhatikan anjing itu tidak terjaga dengan baik. Air yang di sediakan kotor. Itu pun di letakkan dalam bekas Loyang yang agak kotor. Tiada bekas makanan untuk anjing itu. Yang ada cebisan plastic yang mengandungi burger yang sudah basi. Hati aku sangat hiba melihat nasib anjing itu. Memang diakui aku seorang yang beremosi,tetapi naluri kemanusiaan aku sekeras-kerasnya mengutuk tuan punya anjing itu. Inilah yang berlaku apabila binatang membela binatang.
Aku dan emak ke kedai untuk membeli barang dan aku beli juga setin makanan anjing jenama pedigree. Itulah pertama kali aku membeli makanan anjing. Selama ini hanya beli makanan kucing dan hamster sahaja. Aku dekati anjing itu agak takut juga..takut di terkam kerana aku mendekatinya. Anjing itu tidak menyalak. Dia cuba lari apabila ayah aku menyorong bekas yang berisi makanan anjing. Namun apabila ia bau makanan dengan lahapnya ia makan. Jelas ia sangat lapar! Sambil ia makan, aku buang air yang kotor dan menggantikan dengan air yang bersih. Sebelum kami beredar, sempat aku tampalkan pesanan di dinding bangunan itu supaya anjing itu di beri makan dan minum air yang bersih. Kamu (tuan punya anjing) sudah bertindak di luar batas kemanusiaan kerana menzalimi anjing ini. Begitulah bunyi pesanan itu. Anjing itu mampu untuk cari makan dan minum sendiri jika di lepaskan. Tidak wajar mengikatnya jika enggan memberikan ia makanan dan minum yang sewajarnya. Ia sama seperti mengurung manusia dan memberikan makanan basi dan air yang kotor. Walaupun ia tidak berkata-kata,namun ia punya perasaan, sama seperti kita..
Hati aku sangat sakit melihat hal seperti ini. Apakah kerana kita adalah manusia justeru kita boleh melayan binatang dengan teruk? Apakah kerana manusia di bekalkan dengan akal justeru kita menggunkan akal untuk menyeksa binatang dan mengerah binatang tanpa rasa belas?
Mana arah kita? Semakin kita bertamadun, semakin kita maju tetapi kita kekurangan nilai-nilai kemanusiaan…
Penulis telah melaporkan hal ini kepada SPCA dan jika tiada tindakan mungkin mahu memutuskan rantai anjing itu dan membebaskan ia.
Animals and Human
Today I watched prime news, as usual there were tons of political issues apart from the ninth Malaysian plan outcome that had been tabled by PM at the parliament today.
What makes me sad is because there was clip which showed sick cows being kicked and attacked by human!
Personally, I am animal lover, not because I have deep interests over animals, but as human being who is blessed with brain which enable me to think and act like human. Unfortunately, there are several human who claimed themselves as civilised, much more modern, first class-human being, intellectualists, bla..bla… they are only human in outer form, which other human see them as ordinary human being, but the inner side of them, their heart and soul are just like the violent barbarians and animals.
The sad thing happened at the animal auction centre in New Mexico, US.
The sick cows are abandoned and not treated. So who’s to be blame for crazy cow disease?
Not only that, the sick cows were or has been kicked by human. I also saw the faces of the cows were bleeding severely. I also believe they use electrical gadgets on the cows with the intention to hurt it.
When it comes to this point, I think the human who attacked the sick cows has degrading themselves. They are no longer human with brain, but a violent barbaric without brain.
Dear readers, I strongly recommend all of us to avoid or boycott cosmetic products, medicine that has been tested on animals. Stop this cruelty by choosing organic products.
Pilihanraya: eksploitasi artis dan media dan `blue wave`
Sejak demam pilihanraya bermula maka berlambak-lambak lah iklan `blue wave` yang menggunakan cogan kata selamat, aman , bersih…Datuk siti nurhaliza, camelia antara selebriti yang aku baca kisah usaha mereka dalam berkempen untuk `blue wave` itu. Usaha untuk mempergunakan artis adalah langkah klasik yang telah di gunakan oleh calon parti republican di amerika syarikat. Persoalannya sekarang adakah selebriti ini mempunyai kesedaran politik dan mengikuti arus politik semasa ataupun dipergunakan untuk tempoh berkempen sahaja? Jika telahan kedua aku tepat, pada pendapat aku artis seperti ini tidak ada otak dan prinsip kerana sanggup dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu. Siapakah mereka untuk mengatakan pada rakyat untuk memilih parti mana yang baik dan menjamin masa depan yang cerah? Adakah mereka datang dari golongan yang mempunyai kesedaran yang tinggi tentang hala tuju Negara atau mereka mempunyai kesedaran ini setiap 5 tahun sekali itu pun datang di atas jemputan calon yang memang tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk bertemu dengan rakyat, hingga terpaksa guna selebriti. Apa yang dilontarkan dari mulut tukang kempen seharusnya fakta yang kukuh. kalau bercakap tanpa asas, suruh budak sekolah rendah pun boleh. Pilihanraya umum ke 12 kali ini juga menyaksikan iklan gelombang biru atau `blue wave` menguasai kaca TV dan corong radio. Secara peribadi aku meletakkan diri aku di tempat rakyat jelata yang biasa, yang mahu mencari al ghazali dan tidak kepada kekayaan, harta bertimbun-timbun. Otak aku ligat mencari dan membina alasan…mengapa hingga begini teruk `blue wave` menggunakan media..Apakah `blue wave` sememangnya mempunyai kepentingan di Media Prima yang menguasai tv3,ntv7,tv8,tv9? Kalau di tv1 aku tidak hairan kerana aku yakin di bawah kepimpinan teraju utama mereka, Datuk zainuddin maidin yang mahir berkomunikasi dengan wartawan al jazeera, sudah tentu RTM di eksploitasi 100% untuk mempromosi `blue wave`. Mengikut ilmu perlembagaan yang aku pelajari, apabila parlimen dibubarkan, maka kerajaan sudah tidak ada. Mereka hanya wujud sebagai `penjaga ` sementara eksekutif. Tetapi si pemegang amanah sementara ini nampaknya masih ingin mengekalkan jawatan masing-masing demi berkhidmat bagi bangsa, Negara yang tercinta. Aku cukup bangga punya tokoh politk yang berhati waja dan benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat. Terharu… ( I don`t need tissue ok? )Aku perlu minta maaf jika anda berpendapat kenyataan aku bahawasanya idea pembangunan koridor di Malaysia suatu idea yang kurang realistic. Idea ini sering sahaja di canangkan di dalam kaca tv. Meloyakan ..sungguh mual seperti baru lepas turun dari roller coaster. Betulkan aku jika aku silap…kira-kira RM 1.1 trillion diperuntukkan bagi pembangunan koridor. Mana datangnya wang ini? Dari pelabur asing yang bakal menguasai tanah bangsa kita kah? Ataupun datang dari pinjaman kah? Atau pun sekadar projek kah kah kah…apakah manfaat projek ini buat bangsa melayu? kerana setahu aku kerajaan setuju untuk melupuskan 30% ekuiti bumiputera di wilayah pembangunan iskandar? Apakah projek ini bakal menguntungkan pemegang kad keahlian parti keris bersilang? Ataupun insan yang bermata sepet? ( sepet? Aku juga sepet heheheheh) Aku juga perlu mengingatkan calon pembangkang, kurangkan serangan peribadi seperti melabel azalina sebagai lesbian kerana aku kira tuduhan ini amat berat.. lain lah jika dia sememangnya pernah di tangkap oleh jabatan agama di hotel mewah. Jika terus menyerang peribadi seseorang lambat laun rakyat juga muak punyai pemimpin yang bercakap seperti makcik-makcik yang sedang mengumpat secara berjemaah. Sebaliknya pertingkatkan kesedaran dikalangan rakyat tentang kepentingan mempunyai kerajaan yang telus dan bersih. Aku juga agak kabur tentang duit petronas dan kemampuan PKR menjanjikan harga minyak akan turun. Sedangkan harga minyak sedunia memang sedang melonjak jadi kerajaan memang terpaksa menggalas beban subsidi. Yang menjadi tanda tanya adakah wang daripada penghapusan subsidi ini di urus dengan baik. Jangan bersorak di kampung sendiri. Yang penting penjelasan yang lengkap dan berkesan kepada rakyat.
Sedikit sajak …Arahan:baca dengan perlahan-lahan dan mengikut arahan ekspresi muka…
Ku mahu, kamu tidak mahu kah?
Aku sekadar rakyat kecil
Miskin…hodoh….bodoh…(ekspresi muka seposen)
Aku sekadar rakyat biasa…
Tangan ku di ikat….
Aku mahu berkata-kata…
Mulutku di selotape…
Aku mahu bangkit…
Bahu ku di tolak…
Aku mahu tahu…
Hanya majalah picisan gambar artis setengah bogel yang banyak di jual…
Aku mahu membaca….
kaca mataku di rampas…
Aku mahu menjerit….
Nanti terpaksa makan nasi kamunting….(ekspresi muka takut)
Aku mahu apa??Aku mahu perubahan …
Aku mahu melihat bangsaku berjaya…
Aku mahu melihat pemimpin ku yang bersih…
Aku mahu melihat pemimpin ku tidak menindas rakyat…
Aku mahu melihat pemimpin ku tidak merompak wang rakyat….
Aku mahu melihat pemimpin ku gah bersuara di pentas dunia…
.Aku mahu melihat pemimpin ku mempertahankan al quran dan sunnah…
P/s: sajak ini di tulis kerana aku mahu sesuatu yang lain bakal lahir dari pilihanraya umum ke 12 kali ini. Tidak sabar mahu mengetahui pemenang kerusi lembah pantai J hehehehe…
i got butterfly inside my stomach
lagi beberapa jam dari sekarang aku akan join pertandingan debat di kolej perindu.ini adalah kali pertama aku berdebat di ipt ..setelah lama aku meniggalkan arena perdebatan sekolah menengah.aku masih nerveous
Ph.D; penyakit warisan bangsa melayu?
Terpanggil pula aku untuk menulis tentang tajuk ini. Al kisahnya sebab musabab aku menulis tentang topic yang `lemau` ini kerana aku sendiri pernah menjadi mangsa ph.d orang lain dan juga pak cik aku terpaksa menutup premis perniagaan makanannya kerana sering di ganggu dengan berbagai-bagai cara samada halus mahupun kasar. Sebagai seorang peniaga di negara kapitalisme ini keuntungan adalah tonggak utama dalam sesuatu perniagaan. Lebih-lebih lagi bangsa melayu yang tidak mungkin mahu jadi hero dan berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku kerana tidak tahan di ganggu hingga mendapat kerugian pula! Adat meniaga, ada persaingan, tetapi kebanyakan orang melayu gagal untuk bersaing secara sihat. Mungkin juga telah tertulis di sejarah akan perangai atau virus ph.d ini sememangnya telah di warisi dari zaman ke zaman kerana ia mungkin menjadi `short cut` untuk mencapai matlamat.Fenomena ini juga pernah aku alami ketika menuntut di sekolah hinggalah ke IPT. Bukan mahu mengangkat diri aku sebagai muslimah liberal acuan barat yang kadang kala selesa bercakap di dalam bahasa inggeris, tetapi ini lah yang kerap menimpa diriku. Aku akui, aku dibesarkan di dalam keluarga yang tidak begitu islamik, tetapi pendidikan agama tetap menjadi perkara wajib bagiku. Lantas kebiasaan ku berbicara dalam bahasa inggeris bersama ahli keluarga menyebabkan aku terbawa-bawa ke luar. Apabila aku masuk ke kelompok yang melabelkan insan yang suka berbicara dalam bahasa inggeris sebagai mat saleh perasan, aku bingung dengan sikap mereka. Aku lebih suka menjauhkan diri daripada cuba mendekati mereka dan membazirkan air liur untuk memberitahu mengapa aku begini.Baru-baru ini juga pensyarah memintaku melakukan solo presentation kerana aku banyak mulut dalam kelas. Hati aku terguris apabila ada segelintir rakan sekelas melabelkan aku `bajet bagus`. Aku dipinta bukan meminta untuk melakukan solo presentation itu. Bagi aku ilmu adalah kurniaan Allah. Justeru aku tidak berhak untuk merasa riak tentang hakikat bahawa aku memang suka membaca dan sedikit berpengetahuan daripada insan-insan yang suka mengutukku. Jika beginilah sikap bangsa melayu, ke manakah kita seterusnya?daripada peringkat yang atas, di kalangan professional, ahli politik, dan golongan-golongan lain lagi, aku yakin ini lah masalahnya- tidak mahu bersyukur di atas kurniaan Allah, sentiasa membandingkan diri dalam skop yang negatif dan tidak mahu bersaing secara sihat. Aku juga punya darah cina keturunan hakka. Jadi aku tahu sedikit sebanyak perihal kaum cina. Bukan mahu melabel mereka ini suci, bersih , seputih sabun Breeze (pinjam ayat uncle Hisham Rais), tetapi mereka punya satu keazaman yang teguh untuk melihat kaum mereka ke hadapan. Oleh yang demikian aku berharap sesiapa yang membaca artikel ni dan juga aku sendiri akan terhindar dari wabak ph.d-bahaya dan tidak mengenal jantina, kedudukan, tahap akademik, tahap ke`alim`an, tahap ketebalan serban atau kopiah di atas kepala dan lain-lain lagi tahap. Wassalam.
election fever?
salam semua.ni pertama kali aku menulis di blog.maaf walaupun zahirnya kelihatan caca merba tapi aku akan belajar untuk perbaiki kelemahan yang ada.berbaliki pada tajuk post aku ni..pasal pilihanraya..dikala ini la..mat2 pasang bendera,mamat yg dapat kontrak supply kotak undi,mat2 katering,akak2 jual kain batik+pelekat,..dan lain2 lagi barangan yang sinonim dengan pilihanraya akan gembira kerana tiap kali pilihanraya rezeki mereka melimpah ruah.aku turut sama tidak melepas kan peluang untuk jadi manusia yang praktikal(bak kata jeane lai).aku suka jadi pemerhati.best juga ya tengok telatah mat2 yang kempunan nak jadi wakil rakyat kerana mereka menggelarkan diri mereka sbg hamba rakyat atau subject`s servant. aku terharu sambil menguap apabila membaca surat khabar arus perdana tentang manusia seperti ini.aku tidak pasti sampai bila aku harus bermimpi untuk melihat seorang pemimpin berhati waja seperti mahmoud ahmadinejad memimpin malaysia tanah air tercinta ini…aku harus pergi kerana aku pasti kawan aku pasti mengamuk kerana aku lambat untuk janji temu dengannya.wassalam
Hello world!
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
